1. Permohonan Berpoligami
Soalan :
Bagaimana saya hendak memohon berpoligami ? Apakah kesannya jika saya berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ?
JAWAPAN
Setiap Pemohon perlulah mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran. Permohonan boleh dibuat melalui Saman dan Penyata Tuntutan serta Iqrar pihak Pemohon yang menyokong permohonannya. Mengikut seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri Selangor (EUKIS) 2003, Mahkamah akan memanggil pihak-pihak (suami dan isteri-isteri) serta wali bakal isteri serta bakal isteri dalam Mahkamah Tertutup. Sebelum pindaan terhadap seksyen ini, biasanya pihak bakal isteri dan bakal wali tidak perlu hadir dalam prosiding. Selepas suami dan isteri-isteri sedia ada dipanggil, Mahkamah akan menyiasat sama ada Pemohon mematuhi syarat-syarat berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 23 (5) (a),(b), (c) dan (d) atau tidak. Jika Mahkamah berpuashati pemohon mematuhi syarat-syarat tersebut, barulah Mahkamah akan meluluskan permohonan ini dan Surat Kebenaran Berkahwin dikeluarkan. Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah boleh membuat rayuan di Mahkamah yang lebih tinggi.
Jika seseorang lelaki berkahwin lagi (berpoligami) tanpa kebenaran Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 124 EUKIS 2003 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
2. Permohonan Cerai secara Fasakh
Soalan :
Adakah pihak lelaki juga boleh memohon cerai secara fasakh ?
JAWAPAN
Permohonan cerai secara fasakh ada terkandung dalam Sek. 53 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 secara jelas memperuntukkan bahawa seseorang lelaki atau perempuan boleh memohon cerai secara fasakh. Sebelum seksyen ini dipinda tiada menyatakan seseorang lelaki boleh memohon fasakh dan seolah-olah hanya dikhususkan permohonan cerai secara fasakh oleh wanita. Sebenarnya seseorang lelaki boleh memohon cerai secara fasakh dan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Perkara ini ada disebut dalam kitab-kitab muktabar. Contohnya dalam kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuhu terbitan Dar al-Fikr tahun 1989 juzuk 7, muka surat 517 yang bermaksud :
“ Imam Malik dan Shafie berpendapat nikah boleh difasakhkan melalui tuntutan pihak suami atau isteri apabila terdapat kecacatan yang melibatkan alat kelamin pada pasangannya. Ataupun apabila terdapat penyakit-penyakit yang menjauhkan orang seperti gila, kusta ataupun sopak.”
3. Perintah Tegahan daripada Melupuskan Harta
Soalan :
Saya mempunyai sebuah rumah atas nama suami saya. Kami membelinya semasa kami berkahwin dahulu. Sekarang kami sudah bercerai. Saya dalam proses memohon rumah tersebut diisytiharkan sebagai harta sepencarian dan dibahagikan di Mahkamah Tinggi Syariah. Saya bimbang suami saya akan menjual rumah tersebut dan menafikan hak saya. Bagaimana saya hendak menghalang suami dari menjual rumah tersebut ?
JAWAPAN
Bila seseorang memperolehi harta secara bersama sepanjang tempoh perkahwinan, mereka berhak terhadap harta tersebut. Sekiranya seseorang yang akan terkilan harta hasil perkahwinan mereka akan dijual atau dilupuskan, maka pihak yang akan merasa terkilan sama suami atau isteri boleh memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi menghalang perbuatan tersebut.. Perkara ini disebut dalam seksyen 108 EUKIS 2003. Biasanya perintah tegahan tersebut bersifat sementara sehingga kes induk yang difailkan selesai dibicarakan. Harta yang diperolehi semasa perkahwinan ada hak suami atau isteri kerana masing-masing kemungkinan ada menyumbang mendapatkan harta tersebut. Islam mengiktiraf harta-harta milik suami dan isteri (harta sepencarian) sebagaimana firman Allah swt dalam surah an-Nisa’ ayat 32 yang bermaksud ;
“..(kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan…”
4. Perbezaan antara Bicara dengan Sebutan.
Soalan :
Apakah perbezaan antara bicara dengan sebutan ?
JAWAPAN
Istilah sebutan digunakan bagi kes yang masih diperingkat pra-bicara. Iaitu kes tersebut masih lagi belum diperingkat bicara. Biasanya istilah ini digunakan di Mahkamah bagi memastikan pliding-pliding termasuklah dokumen-dokumen sebelum perbicaraan sempurna.
Istilah bicara pula biasanya digunakan untuk mendengar keterangan pihak-pihak atau saksi yang dikemukakan.
5. Suami enggan mematuhi perintah Mahkamah
Soalan :
Saya sudah berjaya mendapat perintah Mahkamah agar pihak suami saya membayar nafkah iddah dan mut’ah. Sekarang saya bercadang untuk memohon Saman Penghutang Penghakiman kerana suami saya enggan mematuhi perintah tersebut. Bagaimana jika suami enggan membayar juga nanti ?
JAWAPAN
Jika seorang Penghutang Penghakiman enggan juga melaksanakan perintah mahkamah, maka Pemohon yang terkilan (Pemiutang Penghakiman) boleh memohon mendapatkan Notis Penghakiman melalui borang MS 44 daripada Mahkamah yang memutuskan kes tersebut (sebagaimana seksyen 179 EUKIS 2003) iaitu notis tunjuk sebab mengapa Penghutang Penghakiman tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkarannya. . Selepas itu Mahkamah akan mengeluarkan Notis Penghakiman melalui borang MS 45 terhadap pihak Penghutang Penghakiman bagi Mahkamah menyiasat aduan pihak Pemiutang Penghakiman. Jika Mahkamah tidak berpuashati dengan tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Penghutang Penghakiman, Mahkamah boleh memerintahkan pengkomitan ke penjara tidak melebihi 30 hari atau apa-apa perintah lain yang difikirkan adil.
Bertarikh : 15hb. Febuari 2006 bersamaan 13 Muharram 1427 H
Blog ini hanya untuk perkongsian artikel ilmiah untuk tujuan memperkukuhkan ilmu Islam dan mengamalkannya. Terima kasih kepada artikel yang ditulis oleh sahabat-sahabat semua.
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN
15.8.08
SEJARAH PERKEMBANGAN HUKUM ISLAM
HUKUM ISLAM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW (kebangkitan -11H/ 610 masihi – 632 Masihi)
Dalil hukum Islam iaitu;
(1) al-Qur’an,
HUKUM ISLAM PADA ZAMAN TABIIN ( Bani Umayyah, 661 M – 750 M)
Pemerintahan didirikan oleh Mu’awiyah ibn Abi Sufyan hasil dari majlis Tahkim. Penyokong Saidina Ali ada 2 golongan iaitu; satu kelompok menyokong tawaran damai dan satu lagi menolak. Oleh kerana damai adalah jalan penyelesaian terbaik, maka S.Ali kw diwakili oleh Abu Musa al-Asya’ari manakala Muawiyah diwakili oleh Amru al-As. Secara politiknya perdamaian dimenangkan kepada Muawiyah. Saidina Ali tidak setuju hasil majlis tahkim. Dengan terbunuhnya Saidina Ali maka memudahkan Muawiyah mengambil alih pemerintahan .
Maka timbullah golongan yang tidak menyetujui tahkim telah membelot dan tidak lagi mendukung Saidina Ali. Mereka dikenali “Khawarij”. Di zaman ini sistem Khalifah diganti dengan sistem kerajaan. Umat pada masa itu berpecah 3 golongan; (01) golongan menentang Saidina Ali dan Muawiyyah (Khawarij) (02) Pengikut setia Ali (Syiah) dan (03) jumhur- Ahli as-sunnah wal Jamaah(ASWJ).
Sumber hukum (01) al-Qur’an , (02) as-sunnah (03) ijmak dan pendapat sahabat dan (04) Ijtihad dimana para fuqaha’ Tabiin menyambung usaha ijtihad sehingga menjadi lebin mantap .
Lahir selepas berakhirnya zaman Umayyah, diganti dengan pemerintahan Abasiyyah. Berbeza fasa sebelum ini dengan perluasan wilayah, maka fasa ini lebih kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Disebut juga zaman keemasan.
Dalil hukum Islam iaitu;
(1) al-Qur’an,
(2) As-Sunnah
dan (3) Ijtihad . Contohnya kisah sahabat yang akan dilantik jadi qadi, kisah 2 sahabat melakukan solat dalam perjalanan.
HUKUM ISLAM PADA ZAMAN SAHABAT (zaman khulafa’ al-Rasyidun, 632 M – 661 M/ 11 H – 40 Hijrah)
Khalifah ArRasyidun iaitu
(01) Saidina Abu Bakar assiddiq .
(02) Saidina Umar al-Khatab,
(03) Saidina Uthman ibn Affan,
dan (04) Saidina Ali ibn Abi Thalib.
Selain sumber hukum : al-Qur’an dan asssunnah, sahabat juga melakukan ijtihad secara berhati-hati.
Cth, ijtihad Saidina Umar dalam kaedah pembahagian tanah pertanian yang ditawan di Iraq dan Parsi tidak termasuk “ghanimah”.
Cth, ijtihad Saidina Umar dalam kaedah pembahagian tanah pertanian yang ditawan di Iraq dan Parsi tidak termasuk “ghanimah”.
HUKUM ISLAM PADA ZAMAN TABIIN ( Bani Umayyah, 661 M – 750 M)
Pemerintahan didirikan oleh Mu’awiyah ibn Abi Sufyan hasil dari majlis Tahkim. Penyokong Saidina Ali ada 2 golongan iaitu; satu kelompok menyokong tawaran damai dan satu lagi menolak. Oleh kerana damai adalah jalan penyelesaian terbaik, maka S.Ali kw diwakili oleh Abu Musa al-Asya’ari manakala Muawiyah diwakili oleh Amru al-As. Secara politiknya perdamaian dimenangkan kepada Muawiyah. Saidina Ali tidak setuju hasil majlis tahkim. Dengan terbunuhnya Saidina Ali maka memudahkan Muawiyah mengambil alih pemerintahan .
Maka timbullah golongan yang tidak menyetujui tahkim telah membelot dan tidak lagi mendukung Saidina Ali. Mereka dikenali “Khawarij”. Di zaman ini sistem Khalifah diganti dengan sistem kerajaan. Umat pada masa itu berpecah 3 golongan; (01) golongan menentang Saidina Ali dan Muawiyyah (Khawarij) (02) Pengikut setia Ali (Syiah) dan (03) jumhur- Ahli as-sunnah wal Jamaah(ASWJ).
Sumber hukum (01) al-Qur’an , (02) as-sunnah (03) ijmak dan pendapat sahabat dan (04) Ijtihad dimana para fuqaha’ Tabiin menyambung usaha ijtihad sehingga menjadi lebin mantap .
Kegiatan sahabat : (a) melakukan usaha pengumpulan,
(b) Melakukan Ijtihad-
terdapat 2 aliran yang ketara dikenali – Ar-Ra’y (penggunaan akal lebih meluas kecuali dalam hal yang berkaitan nas-nas yang jelas) dan al-Athar (penggunaan akal tidak lebih dari rukhsah dan setakat yang perlu).
PEMBENTUKAN MAZHAB DAN PEMBUKUAN HADIS (ZAMAN ABASIYYAH, 750 – 1258M)
(b) Melakukan Ijtihad-
terdapat 2 aliran yang ketara dikenali – Ar-Ra’y (penggunaan akal lebih meluas kecuali dalam hal yang berkaitan nas-nas yang jelas) dan al-Athar (penggunaan akal tidak lebih dari rukhsah dan setakat yang perlu).
PEMBENTUKAN MAZHAB DAN PEMBUKUAN HADIS (ZAMAN ABASIYYAH, 750 – 1258M)
Lahir selepas berakhirnya zaman Umayyah, diganti dengan pemerintahan Abasiyyah. Berbeza fasa sebelum ini dengan perluasan wilayah, maka fasa ini lebih kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Disebut juga zaman keemasan.
Faktor-faktor perkembangan Hukum Islam.
Dasar pemikiran dan perkembangan Mazhab hukum Islam terdiri;
(01)Mazhab Hanafi- didirikan oleh Abu Hanifah, nama lengkap al-Nu’man ibn Tsabit ibn Zuthi (699- 767M/ 80 -150H).Lahir di Kufah zaman Umayyah(selama 52 tahun) dan meninggal dunia di zaman Abasiyyah(selama 18 tahun). Pada zaman al-Manshur, ditahan sebab menolak jawatan Hakim. Meninggal dunia pada 150 H akibat derita dalam tahanan.

(02)Mazhab Maliki – didirikan oleh Imam Malik, nama lengkap Malik ibn Anas ibn Abi Amar al-Ashbahi (93 – 179H) lahir zaman Umayyah 93 H semasa pemerintahan al-Walid Abd al-Malik(setelah Umar ibn al-Aziz) dan meninggal dunia zaman Abasiyyah- zaman Harun al-Rasyid(wafat tahun 179H). 40 tahun zaman Umayyah dan 46 tahun zaman Abasiyyah.
(03)Mazhab Syafii – didirikan oleh Imam al-Syafii , nama lengkap Muhammad ibn Idris ibn al-Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ ibn al-Saib ibn Ubaid ibn Abd Yazid ibn Hasyim ibn Abd Muthalib ibn Abd Manaf(150 – 204H). Lahir di Gazza suatu daerah Palestin pada tahun 150 H dizaman Abasiyyah (zaman Abu Ja’far al-Manshur (137-159H). Meninggal dunia pada 204 H di Mesir.
(04)Mazhab Hanbali – nama lengkap Ahmad ibn Hanbali adalah Abu Abd Allah Ahmad ibn Hanbal ibn Hilal ibn Asad al-Syaibani al-Marwazi ( 164 – 241H) lahir di Baghdad. Dikenali imam hadis dan memiliki kitab Musnad. Pada zaman nya khalifah adalah al-Mu’tashim Billah. Ketika itu fahaman Muktazilah dijadikan mazhab Negara. Imam Hanbali ditangkap kerana isu; apakah al-Qur’an itu makhluk atau qadim?. Meninggal dunia pada zaman al-Mutawakkil ,tahun 241 H di Baghdad.
(05) Aliran Zhahiri – dinisbahkan kepada gelaran pengasas Daud ibn Ali al-Ashbahani (202 – 270H) . Setelah selang waktu yang lama aliran diteruskan oleh Ibnu Hazm al-Andalusi (384 – 456H)
Pembukuan Fiqh dan Hadis
ZAMAN TAKLID DAN KEMUNDURAN (mulai tahun 310H)
-sebab-sebab taklid
-ijtihad ditutup
-Hubungan antara Penganut Mazhab
-ijtihad ditutup
-Hubungan antara Penganut Mazhab
Ulama yang hidup zaman Taklid
(01)Ibnu Hazm al-Zhahiri (384 -456H)
(02) Abu Hamid al-Ghazali (450 H -505 H)
(03) Ibnu Taimiyyah (661 – 728H/ 1260 -1328M)
(01)Ibnu Hazm al-Zhahiri (384 -456H)
(02) Abu Hamid al-Ghazali (450 H -505 H)
(03) Ibnu Taimiyyah (661 – 728H/ 1260 -1328M)
Bengkok`nya Perempuan... (sekadar renungan)
Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?" "Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion." "Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah." "Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu." "Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?" "Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan." "Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia." "
Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!" "Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje." "Aku bukannya nak bela siapa-siapa.
Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu." "Apa maksud sebenar Hadis tu?" "Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu." "Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" "Begitulah.
Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. " "Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar." "Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar." "Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "
P/s : Oleh sebab tu, kalau isteri selalu merajuk, itu tandanya kita yang bengkok. (tafsiran sendiri). Artikel ini ini diambil dari laman blog lain. Lupa namanya sebab dah lama download.
TAZKIRAH RAMADHAN : MARI SOLAT BERJEMAAH
Macammana amalan ibadat kita di bulan ramadhan ini?. Ada kelainan dengan amalan dibulan lain ?. Tahniah kerana anda cuba berusaha menambahkan amal. Ini persoalan yang perlu kita tanya pada diri kita. Hari ini mari kita bermuhasabah sejauhmana kualiti solat fardhu kita. Bab solat walaupun kita buat setiap waktu tetapi pernahkah kita terfikir... Adakah waktu subuh berjemaah. Macammana pula waktu Zohor? waktu Asyar? Waktu Maghrib? Akhirnya waktu Isyak?. Cuba kita lihat fikirkan ! biasanya kita di pejabat atau di rumah sukar untuk mengadakan solat fardu secara berjemaah. Kebanyakan orang hanya sembahyang sendirian sahaja atas alasan nak cepat dan ada urusan lain. Tapi semua itu sayang sekali jika dilakukan di bulan yang mulia ini. Mari kita teropong, apa kelebihan solat berjemaah ?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Ada dinyatakan dalam sebuah hadith iaitu memperolehi dua puluh tujuh darjat berbanding solat seorang diri. Selain itu, terdapat banyak hadith yang menggalakkan kita melakukan solat secara berjemaah. Cuba kita bayangkan betapa banyaknya kita akan meraih pahala jika kita solat berjemaah di bulan Ramadhan dengan ikhlas. Ada riwayat al-bukhari dan muslim menyatakan ”setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada 10 sehingga 700 kali ganda...” Inilah gandaan pahala yang bakal diraih jika amalan ibadat dilakukan di bulan ini berbanding bulan-bulan lain. Buat sedikit tetapi banyak ganjarannya. Wow ! banyaknya....
Menurut Imam Nawawi dan beberapa tokoh ulama’ dalam mazhab Syafie menegaskan bahawa solat jemaah hukumnya fardhu kifayah. Maka berdosa sesuatu masyarakat Islam di tempat tersebut jika tiada golongan yang menunaikan solat secara berjemaah. Pendapat inilah yang masyhur dan muktamad yang menjadi pegangan sebilangan besar ulama’ dalam mazhab Syafie kerana berdasarkan kepada hadith :
"قال النبي صلى الله عليه وسلم : ما من ثلاثة فى قرية ولا بدو لا تقام فيهم الجماعة إلا استحوذ عليهم الشيطان ، فعليك بالجماعة فإنما يأكل الذئب من الغنم القاصية " (رواه أبو داود والنسائي)
Maksudnya : ”tidak ada tiga orang yang mendiami satu-satu kampung atau kawasan sedangkan mereka tidak mendirikan solat secara berjemaah melainkan syaitan akan menguasai mereka. Oleh yang demikian hendaklah kamu dirikan jemaah kerana sesungguhnya serigala hanyalah akan memakan kambing-kambing yang terpencil sahaja.”
Bagi orang lelaki berjemaah di masjid adalah lebih afdhal daripada ditempat lain seperti di rumah kerana masjid mempunyai kehormatan,bersih dan menegakkan syiar Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w :
صلوا أيها الناس في بيوتكم فإن أفضل صلاة المرء فى بيته إلا المكتوبة (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya : ”Sembahyanglah kamu wahai manusia di rumah-rumah kamu itu, kerana yang lebih afdhal sembahyang kamu itu adalah di rumah, kecuali sembahyang-sembahyang fardhu sahaja(maka masjid lebih afdhal).”
Tuan-tuan dan puan sekalian,
Cuba kita tanya diri kita, Adakah kita merasa aman dengan hanya solat seorang diri?. Adakah hati kita terpanggil bila azan dilaungkan oleh Muazzin. Alangkah ruginya kita ! jika tidak berusaha untuk menunaikan solat secara berjemaah dengan segala macam alasan. Ayuh kita ajak sahabat-sahabat kita solat berjemaah... Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Wallahu A’lam....
ISTILAH USUL AL-FIQH
1. Hukum syarak- perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan orang mukallaf sama ada secara tuntutanm pilihan atau wad’ie.
2. Hukum wadie – perintah Allah yang dijadikan sesuatu itu sebab atau syarat atau penegah atau nyata betul atau salah. Disifatkan hukum ini dengan wad’ie memandangkan bahawa syarak telah menjadikannya sebagai tanda menunjuk kepada wujudnya hukum taklifi dan sebaliknya.
3. Azimah – hukum-hukum syarak yang tetap menjadi hukum umum.
4. Rukhsah – Hukum yang disyarakkan selaras dengan sesuatu uzur yang agak berat sebagai pengecualian dari hukum asal(azimah) sekadar yang mustahak.
5. Musytarak – satu lafaz yang berbilang makna dan hantaran atau peruntukannya.
6. Nas – perkara yang menunjukkan dengan sighahnya ke atas apa yang disebut diawalnya.
7. Zahir – dikehendaki perkara yang cepat difahami dan tidak memerlukan kepada qarinah.
8. Amar – kata-kata yang menuntut membuat sesuatu perkara.
9. Nahyu (tegahan) – kata-kata yang menunjukkan kepada menuntut meninggalkan sesuatu
perbuatan.
10. Am- lafaz yang meliputi semua makna (ifradnya) yang sesuai baginya dengan tidak disekat-sekat atau dikurangnya.
11. Takhsis – mengehadkan atau mengurangkan sebahagian dari ifrad atau makna am.
12. Mutlak – perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu makna atau beberapa beberapa makna yang menyeluruh, tanpa ikatan atau kaitan yang bersendirian.
13. Muqayyad- perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu makna atau beberapa makna
yang menyeluruh dengan sesuatu ikatan yang bersendirian.
14. Mantuk- sesuatu makna yang ditunjuk oleh perkataan pada tempat penyebutnya.
15. Dilalah iqtidha’ – sesuatu kata-kata yang tergantung kebenarannya di segi akal atau di segi syarak kepada sesuatu takdiran
16. Dilalah Ima’ – sesuatu keadaan yang berdampingan dengan sesuatu hukum yang boleh difahami bahawa keadaan itu adalah berupa illat (sebab) kepada hukum itu.
17. Dilalah Isyarat – sesuatu perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu hukum atau makna yang tidak dimaksudkan dalam kata-kata itu
18. Mafhum – sesuatu makna atau hukum yang ditunjukkan oleh perkataan bukan pada tempat sebutannya.
19. Mafhum muwafaqah – hukum yang didiamkan itu serupa dengan hukum mantuq baik dari segi isbat atau di segi naïf.
20. Mafhum Mukhalafah – hukum yang didiamkan itu berlawanan dengan hukum mantuq baik dari segi isbat atau naïf.
21. Dilalah ibarat (ibarat al-nas)- sesuatu perkataan yang menunjukkan kepada makna atau hukum yang difaham di mana perkataan itu didatangkan kerana bertujuan menerangkan makna atau hukum.
22. Dilalah isyarat (isyarat al-nas) – suatu perkataan yang menunjuk kepada makna atau hukum yang tidak segera difahami tetapi ia berkelaziman dengan tujuan asal.
23. Dilalah al-dilalah( dilalah al-nas) – suatu perkataan yang menunjuk hukum mantuq diluakan kepada perkara yang didiamkan kerana ada persamaan illat yang boleh difaham oleh ahli bahasa bahawa illat itu adalah sebab wujudnya hukum.
24. Dilalah iqtidha’ – sesuatu kata-kata yang menunjuk kepada perkara yang didiamkan yang mana kebenaran kata-kata itu bergantung kepada pentakdirannya.
25. Nasakh – nyatanya terhenti sesuatu hukum syarak dengan adanya dalil syarak yang kemudian membatalkannya.
26. Ijmak – persepakatan para ulamak mujtahidin daripada umat Nabi Muhammad SAW terhadap sesuatu hukum syarak pada suatu masa selain dari zaman baginda.
27. Qias – persamaan antara sesuatu tempat dengan tempat lain pada illat hukum syarak.
28. Istihsan – suatu dalil yang bertentangan dengan qias jalli.
29. Istishab- suatu perkara atau keadaan dihukum pada zaman kedua berdasarkan kepada adanya zaman pertama.
30. Musalih mursalah – sesuatu keadaan yang sesuai untuk diadakan hukum syarak yang boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan dari keburukan dan tiada sesuatu dalil syarak yang khusus menegaskan atau menghapuskan hukumnya.
31. Mujmal –ayat yang umum.
32. Mubayyan – ayat yang jelas.

KURSUS IMAM DAN MUAZZIN
PERKARA MAKRUH BAGI IMAM
01) Imam berada ditempat yang lebih tinggi daripada makmum pada satu hasta atau lebih, dan begitu juga sebaliknya kecuali kerana hajat atau mengajar.
02) Imam memanjangkan bacaan-bacaan dan zikir-zikir dalam sembahyang kecuali jemaah sedikit dan redha.
03) Imam memanjangkan atau menunggu dalam sesuatu rukun dengan tujuan supaya orang lain dapat mengikutinya.
PERKARA SUNAT YANG BERKAITAN DENGAN IMAM
01) Imam mengucap “amin” setelah membaca fatihahnya bersama makmum, bukan makmum sahaja yang mengucap “amin” Imam.
02) Imam tidak bertakbiratul Ihram kecuali setelah selesai iqamah dan lurus saf-saf makmum.
03) Imam memperingatkan makmum supaya luruskan saf penuhkan ruang kosong dalam saf dan samakan bahu dengan bahu dam tapak kaki dengan tapak kaki.
04) Imam memperingatkan makmum dengan katanya:
لا تختلفوا فتختلف قلوبكم
rtinya : “Jangan berselisih (bengkang bengkok) pada saf-saf kerana itu boleh menyebabkan hati-hati kamu berselisih”.
BEBERAPA ADAB SOLAT BERJEMAAH
ADAB SEBELUM SOLAT
01) Imam seorang yang disukai para makmum.
02) Apabila diberi pilihan antara menjadi Imam dan muazzin maka hendaklah dipilih menjadi Imam kerana menurut jumhur ulama’ menjadi Imam itu lebih afdal daripada menjadi muazzin. Makruh seseorang menjadi muazzin dan Imam pada solat yang sama.
03) Hendaklah dilakukan solat diawal waktu dan jangan dilewatkan solat jemaah bagi menanti orang ramai kerana berjemaah dengan bilangan sedikit diawal waktu itu terlebih afdhal daripada solat diakhir waktu walaupun bilangannya ramai.
04) Hendaklah menjadi Imam dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
05) Sebelum takbiratul Ihram sunat bagi imam memastikan segala saf solat telah sempurna. Justeru itu disunatkan berpaling ke kanan dan ke kiri sambil mengingatkan para jemaah supaya merapatkan dan meluruskan saf.
06) Sunat bagi Imam menyaringkan suaranya pada ketika takbiratul Ihram dan semua takbir dalam solat.
ADAB DALAM BACAAN
01) Sunat bagi Imam memperlahankan doa iftitah dan taawuz seperti solat seorang diri.
02) Sunat bagi Imam menyaringkan suaranya ketika membaca fatihah dan surah pada dua rakaat Subuh, Jumaat dan dua rakaat solat maghrib dan Isyak. Begitu juga disunatkan bagi orang yang solat seorang diri(lelaki).
03) Sunat bagi Imam, makmum dan orang yang solat bersendirian menyaringkan sebutan “amin” pada solat jahariyyah (yang nyaring) dan sunat bagi makmum mengucapkan “amin” serentak dengan amin Imam. Jangan terdahulu dan terkemudian.
04) Sunat bagi Imam diam seketika selepas membaca ولاالضّالّين sebelum mengucap “amin” sekadar bernafas.
05) Sunat bagi Imam selepas mengucap “amin” diam seketika sekadar masa yang membolehkan makmum membaca fatihah.
06) Sunat bagi Imam diam seketika selepas membaca surah sebelum turun rukuk supaya wujud perceraian dan pemisahan diantara membaca surah dan takbir rukuk.
07) Sunat bagi Imam membaca surah atau ayat-ayat yang panjang pada solat Subuh, sederhana panjang pada solat Zohor dan Asyar, kemudian surah-surah yang akhir al-Qur’an pada solat maghrib. Walaubagaimana pun membaca surah yang sederhana pendek itu lebih afdhal apabila ramai orang berjemaah.
ADAB DALAM MENGERJAKAN RUKUN-RUKUN
01) Sunat bagi Imam meringankan atau meringkaskan rukuk dan sujud. Oleh itu, janganlah ia melebihkan dari 3 kali tasbih.
02) Makmum jangan mendahului Imam pada rukuk dan sujud bahkan hendaklah ia kemudian daripada Imam dan jangan rukuk melainkan apabila Imam telah rukuk sampai had sekurang-kurangnya memadai pada rukuk dan jangan tunduk sujud melainkan apabila muka Imam sudah sampai ke tempat sujud.
03) Sunat bagi Imam ketika tasyahud akhir tidak melebihi tasyahud dan salawat ibrahimiyyah sahaja. Sementara tasyahud awal, sunat bagi setiap orang yang solat membaca tidak melebihi tasyahud dan اللهم صل على محمد
04) Seorang Imam jangan mengkhususkan untuk dirinya sahaja ketika berdoa, bahkan hendaklah menggunakan lafaz jamak ketika berdoa qunut subuh atau witir nisfu yang akhir Ramadhan dan doa selepas solat berjemaah.
05) Janganlah makmum berdiri seorang diri di belakang saf kerana kerana yang demikian itu makruh dan menghilangkan pahala jemaah.
ADAB SELEPAS MEMBERI SALAM
01) Sunat bagi Imam ketika memberi salam berniat memberi salam kepada makmum dan Malaikat yang hadir ketika itu. Sementara makmum pula sunat ketika memberi salam berniat menjawab salam Imamnya.
02) Sunat bagi Imam duduk seketika selepas memberi salam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan juga Abu Bakar asSiddiq. Elok diiringi dengan wirid dan zikir yang ma’thurat.
03) Apabila Imam selesai solat fardhu duduk bagi tujuan berzikir, maka afdhalnya hendaklah mengkirikan mihrab dan mengkanankan makmum. Inilah pendapat yang muktamad oleh para fuqaha’. Walaupun Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin dan Bidayah al-Hidayah berpendapat sepatutnya mukanya menghadap mukanya kepada makmum. Makruh bagi makmum bangun sebelum Imam bangun dari tempat solatnya. Sunat bagi Imam bangkit berjalan ke arah yang dihajati sama ada kanan atau kiri, tetapi jika tiada sebarang hajat maka sunat ia bangkit ke sebelah kanan.
SYARAT MEMBACA SURAH AL-FATIHAH DI DALAM SOLAH
01) Membaca kesemua ayat ketika berdiri betul (qiam).
02) Tiada mengurangkan hurufnya yang berjumlah 156 huruf.
03) Tiada menggugurkan tasydid/ sabdunya yang berjumlah 14 sabdu.
04) Tiada menukar atau mengubah bunyi huruf-hurufnya.
05) Tiada menukar barisnya.
06) Tiada membaca qiraat yang “SYAZ”(GANJIL).
07) Terlalu “SAKTAH’ kerana mengizharkan hurufnya.
08) Tertib bacaan ayat-ayatnya.
09) Muwalat bacaan ayat-ayatnya.
10) Bacaannya dalam Bahasa Arab.
SUNAT DAN ADAB YANG BERKAITAN DENGAN AZAN DAN IQAMAH
01) Suci daripada hadath kecil dan besar.
02) Menyebut kalimah-kalimah azan dengan nyata dan betul serta mengeluarkan suara dengan kadar yang berpatututan.
03) Melakukan “TARJI” dengan perlahan-lahan sebelum melafazkan azan yang sebenar pada kalimah syahadah (ulangan).
04) Berpaling muka (bukan dada) ke kanan ketika menyuarakan حي على الصلاة dan ke kiri ketika menyebut حي على الفلاح
05) Melakukan azan dalam keadaan berdiri menghadap ke arah kiblat kecuali jika keuzuran ataupun hendak “meluaskan” pendengaran suaranya.
06) Berhenti di akhir tiap-tiap rangkaian ayat azan itu kecuali pada الله أكبر diwaqafkan pada tiap-tiap dua الله أكبر
07) Orang yang mendengar azan hendaklah menjawab azan itu. Caranya pendengar azan meniru bacaan muazzin kecuali kalimah حي على الصلاة dan حي على الفلاح dengan menjawab : العلي العظيم لا حول ولا قوة الا بالله
08) Melakukan azan ditempat yang tinggi ataupun menggunakan pembesar suara.
PERKARA YANG MAKRUH KETIKA AZAN
01) Dilakukan oleh orang yang “FASIQ’.
02) Menyebut kalimah azan secara bersambung tanpa berhenti pada tempat-tempat yang dikehendaki berhenti sehingga tidak sempat pendengarnya menjawab.
03) Melakukan azan didalam keadaan hadath.
04) Berkata dengan perkataan yang tidak dituntut walaupun sedikit.
05) Melagukan azan secara keterlaluan sehingga menerbitkan huruf tambahan ataupun mengubah kalimah azan itu.
Rujukan :
1. Haji Salleh Haji Ahmad, 2006, Panduan Solat Jemaah dan Solat Musafir (Jamak dan Qasar) satu huraian menurut mazhab as-Syafie, Pustaka Haji Abdul Majid: Kuala Lumpur.
2. Nota kursus Imam dan Muazzin disusun oleh al-Fadil Ustaz Rusli bin Md Zin.

Subscribe to:
Posts (Atom)