SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

18.8.08

KHUTBAH JUMAAT : jiran sepakat masyarakat cemerlang.


الحمد لله الذى هدانا لـهذا وما كنا لنهتدى لو لا أن هدانا الله. أشهد أن لاإله إلاالله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله. اللهم صل وسلم وبرك على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجـمعين. أما بعد ، فيـا أيـها المـؤمنون، اتقوا الله فقد فاز الـمتقون . قال الله تعلى : يـأيـها الـذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تـمـوتن إلا وأنتم مسلمون ..
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT.,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah Subahanahu wa Taala dalam surah an-Nisaa’, ayat 36 ;

Maksudnya; ”Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;”

Berdasarkan ayat tersebut, dapatlah kita fahami bahawa Allah SWT telah memerintahkan kita supaya sentiasa beribadat kepada Allah dan tidak sekali-kali menyengutukanNya. Allah juga memerintahkan kita sentiasa berbuat baik kepada manusia termasuklah jiran tetangga kita yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Islam amat menekankan peri pentingnya berbuat baik kepada jiran.

Sidang Jumaat,

Sesungguhnya orang yang tinggal sebelah menyebelah dengan kita lebih penting berbanding orang yang tinggal berjauhan dengan kita, meskipun orang tersebut mempunyai pertalian saudara mara. Ini disebabkan orang yang kita perlukan ketika susah dan meminta pertolongan semasa kecemasan adalah jiran tetangga. Jiran tetangga ialah orang yang sering berada berhampiran dengan kita pada waktu malam , siang, mudah dihubungi dan ditemui.

Rasulullah SAW pernah menerangkan tentang had dan batasan hak jiran yang mesti dijaga dan dipelihara. Antara hak-hak jiran ialah;
(1) Jika dia memohon bantuan, anda membantunya;
(2) Jika dia meminta pinjaman anda memberi pinjaman;
(3) jika dia memerlukan sesuatu, anda memenuhinya;
(4) jika dia sakit , anda melawatnya;
(5) jika dia mendapat kebaikan, anda menggembirakan;
(6) jika dia terkena bahaya, anda menyampaikannya takziah;
(7) jika dia meninggal dunia, anda menghantarkan jenazahnya ke kubur;
(8) jangan membina rumah meninggi sehingga angin tertahan ke rumahnya kecuali dengan izinnya;
(9) jangan menggangguinya dengan bau masakan periukmu melainkan anda memberinya sedikit dari masakan itu;
(10) jika anda membeli buah-buahan, berilah dia beberapa biji; jika anda tidak mahu memberinya, maka hendaklah anda membawa buah-buah itu secara berbungkus, dan jangan sekali-sekali membiarkan anakmu memakannya di luar, sehingga merajuk anaknya (apabila dilihatnya anakmu makan).


Saudara-saudara yang diberkati Allah SWT.,

Rasulullah s.a.w telah menegaskan lagi tentang hak jiran tetangga yang dekat dan jauh. Ini merangkumi jiran yang beragama Islam dan kafir sebagaimana yang diriwayatkan oleh At- Thabarani daripada Jabir r.a , sabda Rasulullah s.a.w ;

الجيران ثلاثة : جار له حق : وهو المشرك ؛ وجار له حقان : وهو المسلم ، له حق الجوار ، وحق الإسلام ؛ وجار له ثلاثة حقـوق : مسلم له رحم ، فله حق الجوار ، وحق الإسلام والرحم رواه الطبراني
Maksudnya: ”Jiran itu ada tiga ; Jiran yang mempunyai satu hak; iaitu jiran yang musyrik(kafir). Jiran yang mempunyai dua hak; iaitu jiran Muslim yang ada hak kejiranan dan hak Islam. Dan jiran yang mempunyai tiga hak ; iaitu jiran Muslim yang mempunyai talian persaudaraan, mempunyai hak kejiranan, hak Islam dan hak persaudaraan.”

Rasulullah SAW pernah ditanya sampai had ke mana boleh dikira seseorang sebagai jiran rumah. Maka kata Rasulullah sehingga empat puluh buah rumah sekeliling dengan rumah kita.

Tuan-tuan tetamu Allah SWT.,
Seorang sahabat Nabi, Abdullah bin Umar pernah menyembelih seekor kambing lalu beliau berkata kepada hambanya beberapa kali; ”Jika kau potong-potong dagingnya, jangan lupa mula-mula sekali berikan jiran kita si yahudi itu.” Ini disebabkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه سيورثه
(متفق عليه)
Maksudnya: ” Sentiasa Jibril berpesan kepada ku dengan jiran sehingga aku menyangka bahawasanya dia akan mewarisi.”
Malah ada hadith yang menyebutkan ;
عن عمر بن الخطاب أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لايشبع الرجل دون جاره (رواه أحمد)
Maksudnya : ”Daripada Umar bin al-Khattab, daripada Nabi s.a.w ; tidak akan kenyang seseorang itu tanpa jirannya.”

Ini menggambarkan bahawa Islam amat menitikberatkan sikap memuliakan jiran , malah kita dilarang menyakitit hati jiran. Sabda Rasullah s.a.w ;
من كان يؤمن بالله واليوم الا خـر فليكرم جاره (رواه الشيخان)
Maksudnya : ”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya.” (Riwayat Bukhari/ Muslim)
Rasulullah s.a.w pernah ditanya perihal seseorang wanita yang kuat ibadat. Tetapi malangnya wanita tersebut tidak memelihara lidahnya dan sering menyakiti hati jirannya. Maka Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa wanita itu adalah ahli neraka.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah SWT.,

Alangkah sayangnya masyarakat pada masa ini yang mengabaikan pesanan Rasulullah s.a.w, Tidak ramai yang mengambil tahu hal jirannya. Ada jiran yang tak kenal jiran sebelah rumahnya. Pergi kerja waktu pagi , balik pula sebelah petang. Kadang-kadang balik sampai lewat malam. Hari cuti pula dihabiskan bersama keluarganya sahaja. Apa yang menyedihkan bila ada program gotong-royong, kenduri kendara dan aktiviti kemasyarakatan ada pihak yang tidak mengambil tahu. Apabila berlaku kesusahan barulah nak mengenali jiran tetangganya. Inilah lumrah kehidupan sekarang masing-masing hanya mengejar tuntutan duniswi dan mementingkan diri sendiri.

Tidak hairanlah dalam hidup berjiran ini ada berlaku salah faham sesama sendiri. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh menjadi besar sehingga terpaksa diheret ke Mahkamah. Ini berpunca dari sikap tidak menghormati hak jiran semata-mata. Sedarlah saudara ! alangkah baiknya kita sentiasa bermaaf-maafan sesama sendiri. Sekiranya ada jiran yang menyakiti hati kita hendaklah sentiasa berlapang dada dengan kejahatan yang dilakukan. Tidak mustahil suatu hari nanti dia akan merasa insaf dan menyesal. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya dalam surah al-Fushshilat, ayat 34;

Maksudnya:. ”Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Sebenarnya konsep kejiranan dalam Islam begitu erat hubungan antara satu sama lain. Setiap kesusahan dan kesenangan hendaklah dikongsi bersama. Orang yang berjiran atau berdekatan perlulah saling bantu membantu antara satu sama lain lebih daripada kaum kerabat yang tinggal berjauhan. Sekiranya tidak berbaik-baik sesama jiran yang berhampiran, bagaimana seseorang itu akan berbaik-baik dengan manusia yang sekampung, semukum, sedaerah, bahkan senegeri dengannya?.

Ketahuilah saudara-saudara sekalian,
Apabila kita telah melaksanakan kebaikan terhadap jiran akan memberi kesan jangka panjang dalam mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Secara tidak langsung peluang berdakwah kepada bukan Islam semakin terbuka luas. Sekiranya semua pihak mengetahui hak dan tanggungjawabnya sesama jiran, maka akan mewujudkan jiran tetangga yang sepakat. Bermula dari jiran yang sepakat akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan cemerlang. Ini digambarkan dalam masyarakat yang lahir dalam zaman Rasulullah s.a.w dimana kaum Muhajirin (yang berhijrah dari Mekah ke Madinah) telah diterima dengan baik di kalangan kaum Ansar (yang tinggal di Madinah). Kaum Ansar yang terdiri dari kaum Aus dan Khazraj serta kaum-kaum lain telah bersatu hati dan telah memberi bantuan dengan bersungguh-sungguh terhadap golongan Muhajirin sama ada jiwa raga, isteri, hatta harta benda mereka. Contohnya, Rasulullah pernah mempersaudarakan Saad bin al-Ruba’i dengan Abdul Rahman bin Auf. Saad bin Ruba’i telah menawarkan Abdul Rahman bin Auf untuk memiliki rumah, harta dan ahli dengan saksama. Tetapi Abdul Rahman bin Auf mengucapkan terima kasih dan meminta Saad bin al-Ruba’i membawa beliau ke pasar untuk beliau bekerja di sana. Disinilah kita melihat talian aqidah Islamiyyah telah menyatukan seluruh umat Islam.
Adakah saudara-saudara telah mengorbankan sebahagian harta benda untuk jiran tetangga sebagaimana kaum Ansar? Apakah saudara sanggup bersusah payah untuk jiran? Tepuk dada, tanya iman...jangan tanya hati , ikut hati nanti binasa.

Pepatah Melayu ada mengatakan : ”Bersatu kita teguh bercerai kita roboh, Bulat air kerana pembentung, bulat kerana muafakat, muafakat membawa berkat.” Ini merupakan asas kekuatan sesebuah masyarakat. Pepatah arab ada mengatakan :
لا غلبة إلا بقوة ولا قوة إلا باتحاد
Maksudnya : ”Tidak dapat dicapai kemenangan melainkan dengan kekuatan dan tidak dapat dicipta kekuatan melainkan dengan perpaduan.”
Hadith Rasulullah s.a.w bersabda;
المؤمن للمؤمن كا لبنيان يشد بعضه بعضا (رواه الطبراني)
Maksudnya: “Hubungan diantara seorang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain.”

Oleh itu, saya sekali lagi mengajak diri saya dan juga saudara-saudara sekalian agar menghayati لبنيانisi khutbah pada hari ini. Sebagai bapa atau ketua keluarga mesti mengajar ahli keluarganya termasuk anak isteri tentang kepentingan memelihara adab dan tatasusila terhadap jiran tetangga. Mari kita perbaiki hubungan kita sesama manusia agar kita semua beserta anak cucu akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT dalam al-Qur’an, surah Ali Imran ayat 103 :

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

برك الله لى ولكم بالقرءان العظيم ، ونفعنى وإيـكم بما فيه من الأيت والذكر الحكيم ، وتقبل منى ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول قولى هذا وأستغفر الله العظيم لى ولكم ولسـائر المسلمين والمسلمـت والمؤمنين والمؤمنت ، فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم..

BULAN RAMADHAN BULAN AL-QUR'AN(SEKADAR RENUNGAN)

Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Ibnu Abbas RA berkata; "Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan diantara manusia. Kedermawaanya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan al-Quran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawaan Nabi melebihi angin yang berhembus."Hadis tersebut menganjurkan kepada setiap muslim agar bertadarus al-Quran, dan mengadakan ijtima`/berkumpul dalam majlis al-Quran dalam bulan Ramadhan.

Membaca dan belajar al-Qur'an boleh dilakukan di dihadapan orang yang lebih mengerti atau lebih hafal al-Quran. Dianjurkan pula untuk memperbanyak membaca al-Quran di malam hari. Dalam hadis di atas, madrasah antara Nabi Muhammad saw dan Malaikat Jibril terjadi pada malam hari, karena malam tidak terganggu oleh pekerjaan-pekerjaan keseharian. Di malam hari, hati seseorang juga lebih mudah meresapi dan merenungi amalan dan ibadah yang dilakukannya.Puasa dan al-Quran mempunyai kaitan yang sangat rapat. Karena itu Rasulullah s.a.w memperbanyak membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Tidak ada yang melebihi al-Quran. Allah menurunkannya lain pada kitab-kitab terdahulu, di dalamnya terdapat hukum-hukum Allah yang tegas, dari al-Qur'an mengalir petunjuk-petunjuk Allah untuk manusia, tidak ada kebohongan, tidak ada penyesatan, ia memberi syafaat kepada orang yang membaca dan mengamalkannya. Rasulullah menegaskan "Barang siapa mendapatkan syafaat al-Qur'an, maka ia akan mendapatkan syafa'at di hari Kiamat", "Barangsiapa duduk demi al-Qur'an, maka ia tidak akan berdiri kecuali dengan mendapatkan kelebihan dan kekurangan, yaitu kelebihan mendapatkan hidayah dan kekurangan dari kebutaan hatinya".

Dengan selalu membaca al-Quran, iman seseorang akan bertambah dan terus bertambah, dan tidak akan luntur apa yang telah ia yakini, hinggga berkuranglah keraguan-keraguan yang ada dalam jiwanya. Tidak ada satu pun penyembuh hati selain al-Quran, karena sebesar-besarnya penyakit hati adalah kekafiran dan kemunafikan serta jauh dari jalan Allah. Dan tiada penawar atas penyakit-penyakit tersebut kecuali al-Quran.

Alim Rabbany Syaikh Ahmad bin Abdul-Ahmad as-Sarhindy berkata: "Sesungguhnya di dalam bulan ini (puasa) ada kaitan yang sangat erat dengan al-Quran, dimana pada bulan tersebut al-Quran di turunkan, di dalam bulan tersebut juga dipenuhi segala kebajikan dan berkah dari Allah s.w.t. Setiap kebajikan dan keberkahan yang diterima oleh umat manusia selama setahun penuh, tidak lain hanyalah setetes dari lautan rahmat Allah selama satu bulan ini. Maka sangat beruntunglah mereka yang menyambut dan menghidupkan bulan tersebut dengan melakukan amal soleh dan beribadah, dan merugilah mereka yang tidak meramaikan bulan tersebut dengan beribadah, yaitu mereka yang berpaling dari keberkahan dan kebaikan."Dengan demikian, Ramadhan merupakan pesta ibadah, bahkan tilawah bagi ummat Islam. Ia ibarat musim semi orang-orang yang mulia dam bertaqwa, hari raya bagi hamba-hamba yang saleh, diramaikan dengan mendirikan ajaran-ajaran agama, kebeningan hati dalam ibadah dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Seluruh ummat muslim dari segala penjuru dunia serentak berbondong-bondong menyambut kedatangan bulan suci tersebut dengan menghidupkan suasana yang penuh rahmat dan barokah.

Allah telah menganugerahkan rahmat dan pertolongan-Nya kepada hambanya yang beramal soleh, mereka yang tidak segan-segan melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan selalu asyik tanpa rasa jemu dalam mengamalkan perintah-Nya. Hati mereka selalu bergantung kepada Allah dan setiap hembusan nafas mereka terarah kepada kebaikan.

P/S: Artikel ini telah diubahsuai daripada artikel lain. Ia hanya sekadar untuk renungan bersama.

TAZKIRAH RAMADHAN : Kelebihan Bulan Ramadhan(sekadar renungan)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ditunggu oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Ini kerana bulan Ramadhan itu adalah suatu bulan yang tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah dan Rasulnya, dan dia juga menjadi penghulu segala bulan. Padanyalah Allah menfardhukan puasa ke atas kaum muslimin dan dicatitkannya sebagai wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan ,dan han Jumaat ke had Jumaat dan satu sembahyang ke sembahyang yang lah menjadi penebus dosa diantara keduanya, selama dijauhi dosa segala dosa besar".

Rasulullah juga bersabda:
'Bulan Ramadhan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga".

Sabdanya lagi:
'Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya merdeka dan api neraka."

Justeru itu dapatlah diketahui sebilangan kecil kelebihan- kelebihan yang boieh diperolehi sekiranya kita mampu menggunakan sepenuhnya rahmat dan kebaikan yang dikurniakan Allah pada bulan ramadhan. Lantaran itu tiada seseorang pun yang diharamkan memperoleh keampunan pada bulan itu, melainkan ianya terlalu banyak memalingkan din dan Allah dan sangat gemar menentangNya. Maka sebab itulah dia dijauhkan dan diusir dan pintu Allah.

Ada sebuah riwayat menyebut bahawa semua pintu langit dan pintu syurga dibuka setiap bulan Ramadhan, manakala pintu-pintu neraka pula ditutup. Semua iblis dan Syaitan dirantai kemudian diseret dan dilontarkan kedalam laut supaya mereka tidak mengganggu kaum muslimin dan merosakkan puasa dan bangun malam mereka. Pada setiap malamnya pula ada suatu suara menyeru: "Siapa yang mahu kebaikan datanglah, dan siapa yang mahukan kejahatan berambuslah!~.

Riwayat yang lain pula menyatakan: "Siapa yang mendekatkan diri kepada Allah Ta 'ala dengan suatu sembahyang fardhu dalam bulan Ramadhan, sama diimbangi dengan tujuh puluh sembahyang pada bulan yang lain. Siapa yang mendekatkan diri dengan satu sembahyang sunat pula dikira tingkatnya sama dengan sembahyang fardhu pada lain bulan."

Jelaslah bahawa sembahyang sunat dalam bulan Ramadhan dikira sama tingkatnya sembahyang fardhu pada bulan yang lain.Dan sembahyang fardhu yang ditunaikan pada bulan Ramadhan pula dilipat gandakan pahalanya berbanding dengan solat Fardhu yang ditunaikan pada bulan yang biasa iaitu sebanyak tujuh puluh kali ganda.
P/S : Artikel ini telah diubahsuai daripada artikel lain. Ia hanya sekadar renungan bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...