SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

15.8.08

TAZKIRAH RAMADHAN : MARI SOLAT BERJEMAAH

Macammana amalan ibadat kita di bulan ramadhan ini?. Ada kelainan dengan amalan dibulan lain ?. Tahniah kerana anda cuba berusaha menambahkan amal. Ini persoalan yang perlu kita tanya pada diri kita. Hari ini mari kita bermuhasabah sejauhmana kualiti solat fardhu kita. Bab solat walaupun kita buat setiap waktu tetapi pernahkah kita terfikir... Adakah waktu subuh berjemaah. Macammana pula waktu Zohor? waktu Asyar? Waktu Maghrib? Akhirnya waktu Isyak?. Cuba kita lihat fikirkan ! biasanya kita di pejabat atau di rumah sukar untuk mengadakan solat fardu secara berjemaah. Kebanyakan orang hanya sembahyang sendirian sahaja atas alasan nak cepat dan ada urusan lain. Tapi semua itu sayang sekali jika dilakukan di bulan yang mulia ini. Mari kita teropong, apa kelebihan solat berjemaah ?

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Ada dinyatakan dalam sebuah hadith iaitu memperolehi dua puluh tujuh darjat berbanding solat seorang diri. Selain itu, terdapat banyak hadith yang menggalakkan kita melakukan solat secara berjemaah. Cuba kita bayangkan betapa banyaknya kita akan meraih pahala jika kita solat berjemaah di bulan Ramadhan dengan ikhlas. Ada riwayat al-bukhari dan muslim menyatakan ”setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada 10 sehingga 700 kali ganda...” Inilah gandaan pahala yang bakal diraih jika amalan ibadat dilakukan di bulan ini berbanding bulan-bulan lain. Buat sedikit tetapi banyak ganjarannya. Wow ! banyaknya....

Menurut Imam Nawawi dan beberapa tokoh ulama’ dalam mazhab Syafie menegaskan bahawa solat jemaah hukumnya fardhu kifayah. Maka berdosa sesuatu masyarakat Islam di tempat tersebut jika tiada golongan yang menunaikan solat secara berjemaah. Pendapat inilah yang masyhur dan muktamad yang menjadi pegangan sebilangan besar ulama’ dalam mazhab Syafie kerana berdasarkan kepada hadith :
"قال النبي صلى الله عليه وسلم : ما من ثلاثة فى قرية ولا بدو لا تقام فيهم الجماعة إلا استحوذ عليهم الشيطان ، فعليك بالجماعة فإنما يأكل الذئب من الغنم القاصية " (رواه أبو داود والنسائي)
Maksudnya : ”tidak ada tiga orang yang mendiami satu-satu kampung atau kawasan sedangkan mereka tidak mendirikan solat secara berjemaah melainkan syaitan akan menguasai mereka. Oleh yang demikian hendaklah kamu dirikan jemaah kerana sesungguhnya serigala hanyalah akan memakan kambing-kambing yang terpencil sahaja.”

Bagi orang lelaki berjemaah di masjid adalah lebih afdhal daripada ditempat lain seperti di rumah kerana masjid mempunyai kehormatan,bersih dan menegakkan syiar Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w :
صلوا أيها الناس في بيوتكم فإن أفضل صلاة المرء فى بيته إلا المكتوبة (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya : ”Sembahyanglah kamu wahai manusia di rumah-rumah kamu itu, kerana yang lebih afdhal sembahyang kamu itu adalah di rumah, kecuali sembahyang-sembahyang fardhu sahaja(maka masjid lebih afdhal).”

Tuan-tuan dan puan sekalian,

Cuba kita tanya diri kita, Adakah kita merasa aman dengan hanya solat seorang diri?. Adakah hati kita terpanggil bila azan dilaungkan oleh Muazzin. Alangkah ruginya kita ! jika tidak berusaha untuk menunaikan solat secara berjemaah dengan segala macam alasan. Ayuh kita ajak sahabat-sahabat kita solat berjemaah... Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Wallahu A’lam....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...