SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

23.11.10

3 JENIS HAKIM

Hadis riwayat Abi Dawud, al-Bab Fi al-Qadi yakhti’, juz 9 , hal 463. Maktabah syamilah . matan hadis ialah :


الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَاثْنَانِ فِي النَّارِ فَأَمَّا الَّذِي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ .

bermaksud: kadi itu tiga jenis, satu jenis dalam syurga dan dua jenis lagi dalam neraka. Adapun kadi yang didalam syurga itu ialah lelaki yang megetahui yang hak, lalu dia menghukum dengan hak, dan keduanya; lelaki yang mengetahui akan hak juga tetapi dia menyeleweng atau zalim dalam hukumannya, maka dia di dalam nerka. Ketiga; lelaki yang menghukum manusia dalam keadaan jahil maka ia di dalam neraka
 
Huraian ; Dimana tingkatan kita ? semoga kita berada ditingkatan yang pertama. Amiiinn

SELIMUT PUTIH

"Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil

Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta

Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia

Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang

Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi

Berbaktilah hidup sepanjang zaman."

P/S: Terkenang pemergian bonda kerahmatullah pada 7 November 2010 bersamaan 30 Zulkaedah 1431H yang lalu. Semoga ditempatkan bersama para Anbiya' dan orang-orang yang solehah..Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...