1. Hukum syarak- perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan orang mukallaf sama ada secara tuntutanm pilihan atau wad’ie.
2. Hukum wadie – perintah Allah yang dijadikan sesuatu itu sebab atau syarat atau penegah atau nyata betul atau salah. Disifatkan hukum ini dengan wad’ie memandangkan bahawa syarak telah menjadikannya sebagai tanda menunjuk kepada wujudnya hukum taklifi dan sebaliknya.
3. Azimah – hukum-hukum syarak yang tetap menjadi hukum umum.
4. Rukhsah – Hukum yang disyarakkan selaras dengan sesuatu uzur yang agak berat sebagai pengecualian dari hukum asal(azimah) sekadar yang mustahak.
5. Musytarak – satu lafaz yang berbilang makna dan hantaran atau peruntukannya.
6. Nas – perkara yang menunjukkan dengan sighahnya ke atas apa yang disebut diawalnya.
7. Zahir – dikehendaki perkara yang cepat difahami dan tidak memerlukan kepada qarinah.
8. Amar – kata-kata yang menuntut membuat sesuatu perkara.
9. Nahyu (tegahan) – kata-kata yang menunjukkan kepada menuntut meninggalkan sesuatu
perbuatan.
10. Am- lafaz yang meliputi semua makna (ifradnya) yang sesuai baginya dengan tidak disekat-sekat atau dikurangnya.
11. Takhsis – mengehadkan atau mengurangkan sebahagian dari ifrad atau makna am.
12. Mutlak – perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu makna atau beberapa beberapa makna yang menyeluruh, tanpa ikatan atau kaitan yang bersendirian.
13. Muqayyad- perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu makna atau beberapa makna
yang menyeluruh dengan sesuatu ikatan yang bersendirian.
14. Mantuk- sesuatu makna yang ditunjuk oleh perkataan pada tempat penyebutnya.
15. Dilalah iqtidha’ – sesuatu kata-kata yang tergantung kebenarannya di segi akal atau di segi syarak kepada sesuatu takdiran
16. Dilalah Ima’ – sesuatu keadaan yang berdampingan dengan sesuatu hukum yang boleh difahami bahawa keadaan itu adalah berupa illat (sebab) kepada hukum itu.
17. Dilalah Isyarat – sesuatu perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu hukum atau makna yang tidak dimaksudkan dalam kata-kata itu
18. Mafhum – sesuatu makna atau hukum yang ditunjukkan oleh perkataan bukan pada tempat sebutannya.
19. Mafhum muwafaqah – hukum yang didiamkan itu serupa dengan hukum mantuq baik dari segi isbat atau di segi naïf.
20. Mafhum Mukhalafah – hukum yang didiamkan itu berlawanan dengan hukum mantuq baik dari segi isbat atau naïf.
21. Dilalah ibarat (ibarat al-nas)- sesuatu perkataan yang menunjukkan kepada makna atau hukum yang difaham di mana perkataan itu didatangkan kerana bertujuan menerangkan makna atau hukum.
22. Dilalah isyarat (isyarat al-nas) – suatu perkataan yang menunjuk kepada makna atau hukum yang tidak segera difahami tetapi ia berkelaziman dengan tujuan asal.
23. Dilalah al-dilalah( dilalah al-nas) – suatu perkataan yang menunjuk hukum mantuq diluakan kepada perkara yang didiamkan kerana ada persamaan illat yang boleh difaham oleh ahli bahasa bahawa illat itu adalah sebab wujudnya hukum.
24. Dilalah iqtidha’ – sesuatu kata-kata yang menunjuk kepada perkara yang didiamkan yang mana kebenaran kata-kata itu bergantung kepada pentakdirannya.
25. Nasakh – nyatanya terhenti sesuatu hukum syarak dengan adanya dalil syarak yang kemudian membatalkannya.
26. Ijmak – persepakatan para ulamak mujtahidin daripada umat Nabi Muhammad SAW terhadap sesuatu hukum syarak pada suatu masa selain dari zaman baginda.
27. Qias – persamaan antara sesuatu tempat dengan tempat lain pada illat hukum syarak.
28. Istihsan – suatu dalil yang bertentangan dengan qias jalli.
29. Istishab- suatu perkara atau keadaan dihukum pada zaman kedua berdasarkan kepada adanya zaman pertama.
30. Musalih mursalah – sesuatu keadaan yang sesuai untuk diadakan hukum syarak yang boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan dari keburukan dan tiada sesuatu dalil syarak yang khusus menegaskan atau menghapuskan hukumnya.
31. Mujmal –ayat yang umum.
32. Mubayyan – ayat yang jelas.
1 comment:
Terima kasih ustaz ,amat berguna perkongsian ilmu ustaz ini ,alhamdulillah ...doakan agar dipermudahkan urusan sy menjawab paper usul fiqh esok,,
Post a Comment