"Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman."
P/S: Terkenang pemergian bonda kerahmatullah pada 7 November 2010 bersamaan 30 Zulkaedah 1431H yang lalu. Semoga ditempatkan bersama para Anbiya' dan orang-orang yang solehah..Amin
No comments:
Post a Comment