SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

14.4.10

CERITA SEMUT DAN KUDA : PENGIKTIBARAN

2010/2/12 alamkia alamkia@gmail.com


PADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan
setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar
setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh
majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik,
maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang
termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan
semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil
membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai,
tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi.
Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu
senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.


Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja
menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, “hai
kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”


PESANAN PENAJA : http://www.usana-malaysia.com/

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.
“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.
“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang
tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu
lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “punya siapakah beban yang kau bawa itu,
wahai sang kuda?”

Maka kuda pun menjawab, “punya bosku yang ada di sana yang sedang minum
dan makan-makan di bawah pohon itu.”
“Oh begitulah ceritanya,” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..


Sang kuda berkata, “eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?” kata sang kuda kepada sang semut tadi. “Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”


“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.
Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita
mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa itu perbezaannya?” tanya kuda.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan
kepunyaanmu, punya majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana
sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami
tetapi beban-beban ini adalah punya kami sendiri, bukan punya bos kami,”
demikian penjelasan semut itu.


Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana
dia tetap seekor kuda.

Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak
pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah
punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah
menyerah.



Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka
sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas
mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang
bekerja makan gaji.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...