Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak.
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak as alkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada r as a bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak r as a tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada ku as a veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan R as ulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Per as aan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak r as a tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang m as ih hidup dan buat baik dengan mereka.
Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata k as ar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk per as aan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, k as ih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam per as aan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jel as nya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua r as ul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua r as ul dan ketiga suami. Jalan pint as ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Per as aan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berk as ar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya m as ih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers mer as akan diri Mereka tidak boleh.
Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan mer as a rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan k as ih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara term as uklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan m as alah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. M as a itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak mer as akan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada m as a akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah m as a bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan mer as a kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan and as uami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalamm as a yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effe ct sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula ter as a sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Blog ini hanya untuk perkongsian artikel ilmiah untuk tujuan memperkukuhkan ilmu Islam dan mengamalkannya. Terima kasih kepada artikel yang ditulis oleh sahabat-sahabat semua.
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN
26.10.08
Hukum Sedeqah Pahala Amalan Kepada Si Mati
Oleh
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Apakah hukum seseorang menghadiahkan pahala amalan ibadahnya kepada orang mati iaitu seperti membaca al-Fatihah buat si mati dan seumpamanya, tidak kira samada dari kalangan ahli keluarganya atau selainnya..adakah pahala tersebut sampai kepada si mati ?
Jawapan :
Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-
1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.
2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.
3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.
Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-
a- Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-
1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.
2- Doa & istighfar.
3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)
Antara dalil utama mereka adalah :-
a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )
b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )
c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)
d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya" ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain)
Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :
* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).
* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani ( w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha ( w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).
Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-
1) Ijma' , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir.
2) Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.
b- Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah' semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -
* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.
Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-
1) ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))
Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )
2) ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))
Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )
3) Hadith Nabi SAW
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له
Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"
Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)
Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.
Imam ahmad mengatakan :
" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "
Ertinya : Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)
Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : " sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh samapi kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)
Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.
Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.
Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.... Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)
Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar. Wallahu'alam.

24.10.08
Puasa Enam dan Persoalan mengenainya
Oleh abuanas"
بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan.
Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda,
Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi): كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]
Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal. Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.
Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991]. Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal? Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
\وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ . آل عمران: 133
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya?
Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ . رواه البخاريMaksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950,
penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.] Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.
Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya).
Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.
Ini juga lebih berhati-hati dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw. Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu.
Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal. Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan. Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.
Sebagaimana sabda Nabi saw: إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا . رواه البخاري
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين
Akhukum: Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.04 Syawal 1429h- 041008Mhttp://www.abuanasmadani.com/

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.

Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.
Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.
Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..
Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.
FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU
Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman".
Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai ‘credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-
· mereka yang mempunyai pendapatan rendah,
· mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau ‘rekod merah'.
· mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya,
· para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.
Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman.
Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.
Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.
Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA. [1]
Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.
Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk.
Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut ‘defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.
APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?
Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan ‘bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.
Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. [2]
Secara ringkasnya isunya adalah :-
a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.
b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.
c) Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh.
Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. [3]
d) Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.
e) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.
f) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. [4]
231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-
"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise." [5]
PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM
Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . ‘Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.
Rajah : Proses MBS. [6]
Sila lihat kepada pulangan riba ‘expected return' yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.
Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?
Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities.
Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.
Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan ‘investment banks' yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street.
Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan ‘debt trading' atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun).
Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-
Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.
Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.
(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)
Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.
Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.
Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.
Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.
Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-
Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat
Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation
Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.
Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.
Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku.
Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.
KESAN TERBARU DI WALL STREET
Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba ‘debt trading'.
Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. [7]
Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.
Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11 [8], ketika itu statistik mencatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. [9]
Pada 22 September 2008 mereka telah ‘ditelan' atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) [10]. Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan..
Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.
Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. [11] Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba.
Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion.
Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun akhirnya, mereka turut ‘gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US.[12]
Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.
KESAN KEPADA ANDA?
Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.
Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung.
Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.
Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya.
Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.
Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan ‘bungkus' juga.
Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang terjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja. Demikian tegas The Financial Services Authority (FSA). [13] Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan.
Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia.
Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.
PANDANGAN ISLAM
Saya ringkaskan begini :-
1) Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum.
2) Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar.
3) Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.
Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.
Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari nilai hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.
Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:-
Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba. Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity. This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy. Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature.
4) Sistem Islam, tidak membenarkan pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun pada awalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother.
Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini).
Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain.
5) Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haram di sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall Street. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.
ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN
Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.?
Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US. Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza. Dr Monzer berkata :-
Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector.
Further, I don't think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. [14]
Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA.
Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
3 October 2008
4 Syawal 1429 H

Subscribe to:
Posts (Atom)