SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

16.12.09

DIMANA USIA KITA DIHABISKAN ?

Koleksi Artikel Hangat - Isuhangat

50 tahun kita tertidur????
Published by Admin on Friday, June 26, 2009 at 1:02 PM

1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

<> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh ± 15 tahun

Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:

50 tahun=18250 hari=458000 jam

12 jam siang hari

12 jam malam hari

24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:

18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,

Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,

Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "



Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !

Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...

Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?



Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam

Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun



Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...



Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......



Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!

Ingatlah negeri kita...Akhirat



Posted by Admin

29.10.09

IBU MITHALI

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu...

Kepada sesiapa yang telah menjadi seorang ibu..

Kepada sesiapa yang bakal menjadi seorang ibu...

Kepada lelaki yang mempunyai isteri (ibu) kepada anak-anaknya..



Suatu kisah Ibu Mithali..



IBU MITHALI



PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.



"Sekarang ....," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "



Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam m anis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.



Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?



Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.



Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.



'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'



Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.



Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.



Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.



"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."





Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.



"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"





"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang.. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.



"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.



"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."



"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.



"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."



"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya



"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"



"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."





"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"



"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.



"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.

Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."



"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.

"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."



"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.



"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.

Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."



"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.

Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.



"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.

Penat saya membersihkannya. "





"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak.. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."



"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."



"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."



"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku.. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.



Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."



"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."



"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"



"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."



"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.



"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."



"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."



"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.



Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."



"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."



"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."



"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."



"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "



"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."



"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."



"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"



Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.



"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."



Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.



"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."



"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.





Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.



Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.



Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut..



"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"



"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"



"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "



"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"



Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.



"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "



"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.



"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.



Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.



Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.



Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.



"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "



"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."



"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."



"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu..



Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"



"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "



"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."



Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.



Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.



"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."



"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."



"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."



"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."



"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "



Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.



Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.



'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'

Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.



Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.



"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "



Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.



Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.



Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.

6.10.09

TEKNIK BERTENGKAR SUAMI ISTERI

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga." (Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan. Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." (Riwayat Ibnu Mas'ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini. Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif?

Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri. Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap - Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan - Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya - Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan - Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah - Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara - Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja - Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan terlalu emosional - Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik - Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur - Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri - Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak - Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar - Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party - Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah - Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai - Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan - Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan - Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.



Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.

PERKARA AJAIB TERSEMBUNYI DI DALAM MINDA

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang samaAnda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doaSolat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

TINDAKAN YANG DIMULAKAN DENGAN SAMAN DAN PERMOHONAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Oleh Abi Fatin

PENDAHULUAN
Mahkamah Syariah mempunyai tatacara khusus bagi memulakan tindakan prosiding sama ada bagi kes jenayah atau kes mal. Tatacara ini begitu penting bagi pengamal undang-undang yang berguam di Mahkamah Syariah seperti Hakim Syarie, peguam syarie, pendakwa syarie, pegawai-pegawai Mahkamah dan pihak-pihak yang terlibat. Tatacara tersebut memberi panduan yang jelas terhadap perjalanan kes di Mahkamah Syariah dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Enakmen Tatacara Mal negeri-negeri memperuntukkan setiap kes yang diadukan hendaklah difailkan secara bertulis dan membayar fi yang ditetapkan. Pemfailan merupakan pra syarat yang memboleh seseorang dibicarakan di Mahkamah. Ini merupakan kaedah yang paling praktikal yang diamalkan bagi melicinkan perjalanan kes di Mahkamah. Proses ini melibatkan beberapa pliding (surat guaman) kerana setiap pemfailan kes yang dimajukan ke Mahkamah hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis, lengkap dengan lampiran yang menyokong sesuatu tuntutan yang dibuat .

Tuntutan antara pihak-pihak dikenali sebagai kes mal (tuntutan sivil). Cara memulakan prosiding mal di Mahkamah Syariah ada dua bentuk iaitu ;
(i) Saman
(ii) Permohonan
Tindakan ini diterangkan secara terperinci dibawah tajuk Cara Memulakan Prosiding Mal seperti terkandung dalam Bahagian 111 , seksyen 7 hingga 15 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 (ETMMS 2003). Penulis dalam kertas tugasan ini akan memfokuskan kepada enakmen yang berkuatkuasa di Negeri Selangor bagi memudahkan pembaca meneliti peruntukan yang berkaitan.

SYARAT-SYARAT PENDAKWAAN DALAM ISLAM
Bagi memastikan sesuatu dakwaan yang dibuat oleh pihak yang menuntut (Pemohon/ Plaintif) adalah sah mengikut hukum syarak. Maka syarat-syarat dakwaan perlu jelas seperti yang dinyatakan oleh Al-Syed al-Bakri Ibnu al-Sayed Mohamad Shatha al-Dumyati (meninggal tahun 1300 Hijrah) didalam kitabnya “ إعانة الطالبين” halaman 508-509 ,jilid 4 cetakan al-Maktabah al-Taufiqiyyah Mesir ada menyebut:
1) Dakwaan seseorang yang mendakwa itu hendaklah terang
2) Yang kena dakwa terikat dengan dakwaan
3) Hendaklah ditentukan orang kena dakwa
4) Dakwaan yang dibuat tidak bercanggah dengan dakwaan yang lain
5) Bahawa tiap-tiap orang yang mendakwa atau kena dakwa adalah mukallaf
6) Bahawa tiap-tiap orang yang mendakwa dan orang yang kena dakwa terikat dengan hukum.
Berdasarkan syarat-syarat yang dikemukakan oleh tadi, penulis berpendapat pihak-pihak yang menuntut perlulah mengemukakan dakwaan dengan jelas dalam permohonan dan mengikut tatacara yang ditetapkan.

PROSES MEMBUAT ADUAN
Sirah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat telah mengamalkan konsep aduan terbuka secara bebas. Rasulullah SAW sendiri bertindak sebagai hakim menyelesaikan pertikaian yang timbul di kalangan rakyat yang mengadu kepada baginda. Rasulullah sendiri pernah mengendalikan pengaduan di antara al-Zubayr bin al-Awwam dengan seorang lelaki Ansar di dalam pertelingkahan melibatkan hak mendapatkan air. Rasulullah SAW telah membuat keputusan supaya al-Zubayr mengambil dahulu air dan disusuli dengan orang Ansar tersebut ( Abu al-Hasan Ali bin Muhammad al-Mawardy, 1996 : halaman 236).

Begitu juga para sahabat dimana para khalifah telah membuka ruangan kepada rakyat untuk membuat pengaduan. Contohnya, Khalifah Saidina Ali Ibn Abi Thalib kw. telah menerima pengaduan daripada dua orang wanita yang berebut bayi kerana masing-masing mendakwa bayi tersebut adalah miliknya Maka Sayyidina Ali memutuskan agar bayi tersebut dipotong dua yang akhirnya kes tersebut berjaya diselesaikan secara baik (sulh) (Abu al-Hasan Ali bin Muhammad al-Mawardy, 1996 : halaman 237).

Proses ini diteruskan oleh zaman khalifah al-Rasyidin diikuti oleh pemerintah kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah dimana setiap aduan dibicarakan dihadapan khalifah atau penguasa-penguasa tempatan yang dilantik. Manakala dalam zaman moden, kuasa raja untuk mengendalikan aduan berkaitan hal ehwal agama Islam terutamanya melibatkan kekeluargaaan Islam telah diserahkan kepada Mahkamah Syariah.

CARA MEMULAKAN TINDAKAN KES MAL
Di dalam subseksyen 7(1) dan (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, menjelaskan semua prosiding mal di Mahkamah Syariah hendaklah dimulakan dengan saman kecuali mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua (rujuk Lampiran A) hendaklah dimulakan dengan permohonan. Ini bermakna, tuntutan kes mal di Mahkamah Syariah adalah saman dan permohonan sahaja.

SAMAN
Saman yang difailkan di Mahkamah Syariah perlulah menepati spesifikasi yang ditetapkan . Saman perlu menggunakan borang yang dikhususkan iaitu Borang MS 2 dan disertai dengan Penyata Tuntutan.

Didalam seksyen 63 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, pernyataan tuntutan tersebut hendaklah ditandatangani oleh Plaintif atau Peguam Syarienya serta mengandung perkara berikut :-
(a) suatu pernyataan yang ringkas lagi padat, dalam perenggan-perenggan yang bernombor, tentang fakta-fakta yang dijadikan sandaran oleh plaintif dan menunjukkan kausa tindakannya, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sifat khas yang atasnya plaintif mendakwa, jika ada;
(b) butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(c) suatu pernyataan tentang relief yang dituntut; dan
(d) butir-butir mengenai apa-apa permohonan lain.

Contoh saman yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Selangor seperti tuntutan gantirugi perkahwinan, tuntutan perceraian, fasakh, taklik, khulu’(tebus talaq), pengesahan cerai luar Mahkamah, tuntutan nafkah anak, nafkah isteri, nafkah iddah, mutaah, tunggakan nafkah tuntutan wali enggan, tuntutan penghutang penghakiman, sabitan nusyuz, tuntutan hak tempat tinggal, tuntutan isteri kembali taat, tuntutan mas kahwin, gantirugi perkahwinan, tuntutan pengesahan taraf anak, faraq nikah, tuntutan pengesahan rujuk dan sebagainya. Manakala kes saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor seperti tuntutan pengesahan nazar, pengesahan waqaf, harta sepencarian, tuntutan hak jagaan anak, mengubah perintah hak jagaan anak, pemecatan penjagaan anak, hiwalah, pengesahan hibah, pengesahan hibah semasa maradul maut, kebenaran poligami, pengesahan wasiat, permohonan keluar Islam dan sebagainya.

Pada asasnya, penentuan bidangkuasa peringkat mahkamah mana yang mendengar sesuatu tuntutan sama ada saman atau permohonan berpandukan kepada perengan 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah dan perenggan 61(3)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Kebiasaannya prosiding yang dimulakan dengan saman dibicarakan di mahkamah terbuka kecuali kes tertentu seperti poligami yang dibicarakan di mahkamah tertutup. Pihak yang menuntut ( المدعي ( dikenali sebagai Plaintif manakala pihak kena tuntut ( (المدعى عليه dikenali Defendan.

PERMOHONAN
Selain itu, permohonan ke Mahkamah juga boleh dibuat melalui notis permohonan dalam Borang MS 3 dan disokong dengan ikrar atau afidavit Pemohon sebagaimana seksyen 13 ETMMS 2003. Afidavit tersebut hendaklah menggunakan borang MS 26 dan telah diangkat sumpah dihadapan Hakim atau Pendaftar atau pegawai yang beragama Islam di kedutaan Malaysia ( Luar Negara) sepertimana seksyen 112 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah( Negeri Selangor) 2003 seperti berikut :
“Sesuatu afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah dibuat dengan sumpah—
(a) di Negeri Selangor, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;
(b) di Negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar mengikut kehendak kes;
(c) di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan manamana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap di tempat itu yang diberi kuasa untuk mengendalikan sumpah.

Pada hakikatnya, setiap permohonan yang dibuat hendaklah dinyatakan dengan jelas jenis perintah yang dipohon dan mengandungi fakta yang cukup terperinci untuk menyokong permohonan itu. Dalam hal ini, pihak Pemohon hendaklah mempunyai asas dan alasan yang jelas di atas perkara yang dipohon ke Mahkamah beserta bukti-bukti yang menyokong permohonan tersebut.

Permohonan dan afidavit yang tidak terperinci atau tidak lengkap pasti akan menyukarkan pihak Mahkamah dan responden atau pihak lain yang berkepentingan bagi menjawab affidavit tersebut dalam affidavit jawapan. Maka Mahkamah mempunyai budibicara untuk menolak affidavit yang kandungannya sukar dibaca atau difahami atau apa-apa kecacatan lain sebagaimana seksyen 115 ETMMS 2003 . Setelah pihak Responden menjawab afidavit tersebut maka pihak Pemohon boleh menjawab afidavit jawapan tersebut. Namun begitu, pihak responden atau pihak yang mempertikaikan fakta yang dideposkan dalam afidavit, boleh memohon kepada Mahkamah untuk memeriksa balas afidavit yang difailkan oleh Pemohon sebagaimana seksyen 118 ETMMS 2003. Ini bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Contoh notis permohonan yang di failkan di Mahkamah Rendah Syariah Selangor seperti permohonan pengesahan nikah, pengistiharan pembubaran perkahwinan sebab pertukaran agama, penguatkuasaan perintah nafkah, perlaksanaan perintah Mahkamah, permohonan sijil faraid bagi nilaian harta tidak melebihi RM100,000.00 , permohonan interlokutori, mendakwa/membela sebagai orang miskin, kebenaran nikah bawah umur, wali hakim, kebenaran nikah janda berhias dan sebagainya. Manakala notis permohonan yang di failkan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor seperti permohonan kebenaran merayu, semakan, tegahan/ injunksi membawa anak keluar Malaysia, tegahan/ injunksi terhadap gangguan, anggapan mati, pembekuan transaksi harta, perintah interim, perintah menghina mahkamah, permohonan sijil faraid melebihi RM100,000.00 dan sebagainya.
Kebiasaannya bagi kes yang dimulakan dengan notis permohonan dibicarakan di kamar. Pihak yang menuntut ( المدعي ) dikenali sebagai Pemohon manakala pihak kena tuntut ( (المدعى عليه ) dikenali Responden.

Kesemua prosiding ini perlu diikuti oleh semua pihak agar Mahkamah dapat dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya. Dari segi hukum syarak konsep ini bertepatan dengan beberapa kaedah fiqhiyyah diantaranya :-
1. الأصل العدم (Asal sesuatu itu tidak wujud (melainkan jika dibuktikan sebaliknya)
2. الأصل البراءة الذمة (Pada asalnya seseorang itu bebas dari sebarang tanggungan (melainkan dibuktikan sebaliknya )
3. الأصل بقاء ما كان على ما كان ٍ (Sesuatu yang telah sabit wujudnya di suatu masa yang lalu dihukumkan sebagai berkekalan wujudnya (sehingga dibuktikan sebaliknya) dan banyak lagi kaedah lain (al-ImamJalal al-Din Abdul Rahman al-Suyuti, 2001 : halaman 114-131)
Ini dikuatkan lagi firman Allah s.w.t yang berbunyi :

Bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (al-Quran, surah al-Maidah : 8)

Penghantaran Saman/ permohonan
Saman adalah suatu kaedah yang diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 untuk memanggil pihak Defendan untuk menjawab tuntutan ataupun dakwaan oleh pihak Plaintif terhadapnya. Ini disebabkan setiap perbicaraan hendaklah dihadiri oleh pihak Plaintif dan Defendan kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya. Oleh yang demikian setiap dakwaan yang diadukan oleh pihak Plaintif mestilah disampaikan kepada pihak Defendan bagi memberi peluang menjawab segala tuntutan atau dakwaan yang ditujukan kepadanya sama ada setuju atau sebaliknya.

Oleh itu, setiap saman atau permohonan yang hendak difailkan di Mahkamah Syariah oleh pihak Plaintif/ Pemohon perlulah membuat salinan seminima 3 salinan atau lebih. Ini bergantung kepada bilangan penentang (Defendan/ Responden). Satu salinan untuk pemohon, satu salinan untuk Mahkamah dan satu salinan untuk setiap penentang. Ini bermaksud sekiranya penentang dalam kes tersebut ramai maka salinan tambahan perlu disediakan. Contohnya pihak yang dituntut terdiri Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri, maka pemohon perlu menyediakan salinan untuk Defendan/ Responden sebanyak 3 salinan.

Selepas pemohon mendapati permohonan telah lengkap, maka Pemohon boleh memfailkan kes di Mahkamah Syariah. Pendaftar Mahkamah akan memeriksa saman/ permohonan tersebut bagi memastikan sama ada ianya sempurna bentuknya dan pihak pemohon telah membayar fi yang ditetapkan seperti yang terkandung dalam Kaedah-kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (fi, elaun dan kos) 2006 . Pembayaran fi tersebut termasuklah fi pendaftaran dan penyampaian saman/permohonan. Namun, sekiranya pemohon berhasrat untuk menyampaikan saman/ permohonan itu secara kediri melalui pemohon , maka fi untuk penyampaian saman/ permohonan akan dikecualikan.

Bagi permohonan yang sempurna, Pendaftar akan memberi suatu nombor pada saman/ permohonan itu, menandatangani, memeteraikan dan mengeluarkan saman/ permohonan untuk tujuan penyampaian saman/ permohonan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Manakala bagi permohonan/ saman yang tidak sempurna maka pihak Pendaftar akan menolak permohonan itu atau mengarahkan supaya ianya dipinda terlebih dahulu. Ianya penting bagi memastikan hanya permohonan yang lengkap dan sempurna sahaja diterima oleh Mahkamah.

Masa penyampaian
Apabila saman telah dikeluarkan oleh Pendaftar, tempoh sesuatu saman/ permohonan hendaklah sah selama dua belas (12) bulan lamanya. Sekiranya luput tempoh tersebut, maka sesuatu saman/ permohonan akan tamat tempoh. Namun, sekiranya pihak menuntut membuatpermohonan melanjutkan tempoh saman/ permohonan sebelum tamat tempoh, maka Mahkamah boleh melanjutkan tempoh keesahan saman/ permohonan itu tidak lewat 12 bulan berikutnya mulai tarikh tamat tempoh tersebut. Ini dijelaskan dalam subseksyen 11 (1)(2) (3) ETMMS 2003. Jika sesuatu saman/ permohonan hilang selepas dikeluarkan, Mahkamah boleh mengeluarkan saman/ permohonan yang baru sepertimana saman/ permohonan yang asal (seksyen 12).

KAEDAH KHAS (PERMOHONAN CERAI)
Mengikut seksyen 15 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, bagi permohonan cerai di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tidak terikat dengan kaedah am seksyen 8 -12 dan seksyen 13 -15 ETMMS 2003 tetapi mempunyai prosedur tersendiri dibawah enakmen tersebut. Dalam hal ini, permohonan cerai tersebut melalui saman, borang ditetapkan serta disertai dengan akuan berkanun mengandungi -
(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu;
(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45;
(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu;
(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;
(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
(f) syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalui usaha bersama pihakpihak itu, jika ada, atau, jika tiada, sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenai halhal itu; dan
(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta.

Saman tersebut hendaklah diserahkan kepada Defendan bersama permohonan dan akuan berkanun dan mengarahkan Defendan hadir untuk membolehkan mahkamah menyiasat sama ada Defendan setuju atau tidak dengan permohonan Plaintif. Sekiranya permohonan itu tidak dipersetujui, Mahkamah akan mengarahkan pihak-pihak melantik suatu Jawatankuasa Pendamai sebagaimana subseksyen (5) hingga (14) dan kemudiannya merujuk kepada Hakam untuk tindakan di bawah seksyen 48 mengikut tempoh yang tertentu.

Selain itu, permohonan poligami di bawah seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang diamalkan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mempunyai kaedah khas iaitu dimulakan dengan saman dan disertai penyata tuntutan serta iqrar yang mengandungi-
(a) alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu,
(b) pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan,
(c) bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu,
(d) dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

TUNTUTAN ATAU PEMBELAAN LISAN
Satu peruntukan umum dalam subseksyen 16(1) hingga (4) ETMMS 2003, memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh dengan budibicaranya membenarkan mana-mana tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan dengan syarat Mahkamah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan dengan mengambilkira mana-mana peruntukan berkaitan saman atau permohonan dan pemohon itu membayar fi yang telah ditetapkan seperti terkandung dalam Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (fi, elaun dan kos) 2006. Dalam prosiding ini, Mahkamah perlu menyampaikan satu salinan rekod tersebut kepada pihak pemohon itu dan pihak berkenaan hendaklah mematuhi kehendak seksyen 16(3) ETMMS 2003 :-
(a) memperakui butir-butir yang terkandung dalamnya dengan menurunkan tandatangannya atau cap ibu jari kanannya pada rekod itu;

(b) menyediakan salinan yang mencukupi bagi rekod itu supaya satu salinan boleh disampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu; dan

(c) menyampaikan satu salinan rekod itu kepada tiap-tiap pihak itu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran.

Pada pendapat penulis peruntukan ini jarang diaplikasi oleh pihak Mahkamah disebabkan Mahkamah terpaksa merekodkan tuntutan atau pembelaan pihak berkenaan dan menyerahkan semula kepada pihak tersebut untuk diperakui semula serta tindakan lain. Namun, peruntukan ini amat berguna bagi pihak-pihak yang sukar menulis atau orang dibawah jagaan seperti banduan, orang buta huruf dan sebagainya.
PERBEZAAN PROSIDING DI MAHKAMAH SIVIL
Cara memulakan prosiding sivil di Mahkamah Sivil adalah berbeza antara dua peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi. Menurut Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (PU(A) 98/1990), aturan 5 kaedah 1 menyatakan prosiding sivil di Mahkamah Tinggi dimulakan melalui writ, saman pemula dan usul pemula atau petisyen. Manakala di Mahkamah Rendah, prosiding sivil dimulakan melalui saman dan permohonan pemula atau petisyen (Aturan 4, kaedah 1, Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 (PU(A) 97/1990). Ini berbeza dengan amalan di Mahkamah Syariah dimana Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah memulakan prosiding mal(sivil) adalah sama iaitu melalui saman dan permohonan sahaja.
KESIMPULAN

Bagi memastikan sesuatu dakwaan itu sah dan berkesan, maka pihak yang menuntut hendaklah memenuhi semua syarat-syarat yang diperuntukkan pada setiap rukun pendakwaan. Implikasi sesuatu dakwaan ialah jawapan balas daripada pihak kena tuntut untuk meneruskan proses penghakiman. Sebelum itu pihak yang menuntut mesti mematuhi semua tatacara yang ditetapkan agar proses penghakiman berjalan lancar. Penerimaan dakwaan oleh mahkamah tidaklah bermakna dakwaan tersebut telah sabit kerana penerimaan itu hanya sebagai permulaan bagi meneruskan perbicaraan. Penulis berpendapat prosedur saman dan permohonan di Mahkamah Syariah memenuhi kehendak hukum syarak secara keseluruhannya bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

BIBLIOGRAFI
1. Sheikh Abdullah Basmeih, 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an, Kuala Lumpur : Dar al-Fikr

2. al-Dumyati, Al-Syed al-Bakri Ibnu al-Sayed Mohamad Shatha (meninggal tahun 1300 Hijrah) Ianah –al-Thalibin, jilid 4. Mesir : al-Maktabah al-Taufiqiyyah

3. al-Mawardy, Abu al-Hasan Ali bin Muhammad, 1996, al-ahkam al-Sultaniyyah wa al-wilayah al-Diniyyah. Mesir : Percetakan Mustafa al-Halabi.

4. al-Suyuti, al-Imam Jalal al-Din Abdul Rahman. 2001. al-Asbah wa al-Nazair fi Qawaid wa Furu’ Fiqh al-Syafi’iyyah.Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

5. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

6. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

7. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No. 4, 2003

8. Kaedah-kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (fi, elaun dan kos) 2006

9. Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (PU(A) 98/1990)

10. Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 (PU(A) 97/1990)

Lampiran A
Prosiding yang dimulakan dengan notis Permohonan dinyatakan dalam Jadual Kedua berhubungan dengan undang-undang diri dan keluarga seperti yang berikut:
i. Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seseorang orang belum dewasa
ii. Pelantikan wali am
iii. Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang
iv. Anggapan kematian
v. Pelantikan penjaga harta seseorang orang belum dewasa
vi. Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang orang belum dewasa
vii. Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa
viii. Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa
ix. Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa
x. Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum dewasa daripada pendapatan hartanya
xi. Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa
xii. Perintah larangan yang berhubungan dengan harta seseorang orang belum dewasa
xiii. Injunksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia
xiv. Perintah untuk mengetepikan, dan injunksi yang menghalang, pelupusan
harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah
xv. Injunksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau isteri
xvi. Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Selangor.
xvii. (Pengakuterimaan paterniti)
xviii. Pengesahan pengakuterimaan paterniti oleh perempuan dalam ‘eddah
xix. (Pembahagian harta pusaka)

7.7.09

DOSA HARTA SEORANG PEKERJA

oleh Ustaz Zaharuddin

Berikut adalah salah satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian pekerja. Semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khusyuk.

Contoh dosa harta seorang pekerja.

1.Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak dirumah, rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung.

2.Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.

3.Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja. Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.

4.Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan. Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk penipuan.

5.Rasuah dalam membuat pemilihan. Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya. Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan ikhlas.
Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam islam.

6.Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberikan kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada 1 syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan agar quotation daripada 4 buah syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quotation daripada syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.
Hukum adalah HARAM kerana MENIPU.

7.Menaikkan harga. Seorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.

8.Menang Tender Bersyarat. Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut islam kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mengempen syarikat B.
Hukum tindakan sebegini adalah HARAM dalam islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan islam.

9.Tuntutan Palsu. Kakitangan membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukumnya adalah HARAM menurut islam kerana membuat penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

10.Resit Harga Ciptaan. Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.
Hukumnya adalah HARAM dalam islam kerana PENIPUAN.

11.Ambil Untung Sendiri. Pegawai diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.

Hukumnya adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang di sebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.
Wang yang diperolehi daripada kerja yang telah diberi gaji. Ramai individu yang cuba mendapat side income daripada cara-cara yang disebut tadi, sambil melakukan tugasannya yang wajib.

Ingatlah hadis berikut,
Nabi bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (Riwayat Abu Daud)

MAKA JAUHILAH...REZEKI DUNIA YANG HARAM PENYEBAB KEPADA PENYESALAN DI AKHIRAT

JANGAN MELEBIHKAN ISTERI DARI IBU

Oleh Luqman Hakim

Kisah Pemuda Alim Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya

Di zaman Rasullullah s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Satu hari tiba-tiba ia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasullullah dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasullullah, maka Rasullullah menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah, dan apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha­iIIaIIah, tetapi Iidah alqomah tidak dapat menyebutnya.Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu Rasullullah tentang Alqomah.

Apabila Bilal sampai di rumah Rasullullah, maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal;"Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".Kemudian Rasullullah s.a.w berkata kepada Bilal;"Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".

Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa Rasullullah".LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasullullah, sampal di rumah Rasullullah laIu Ia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasullullah.Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah;"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".

Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".Bertanya Rasullullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya, "aku murka kepadanya", IaIu Rasullullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasullullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap La ilaha iIIalIah", kemudian Nabi s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".

Kemudian berkata Rasullullah s.a.w.; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasullullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasullullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak". Berkata Rasullullah lagi kepada Bilal; "Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La ilaha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.

Maka Rasullullah s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata;"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangka oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.


Luqman Hakim Hj Badaruzaman
Lembaga Jurukur Tanah
Bahagian Teknikal
No. Tel : 03-41085191
No. Faks : 03-41085178
Email : luqman.bz@ljt.org.my

18.6.09

PENJELASAN KEKELIRUAN- HUKUM BINAAN ATAS KUBUR DAN KENDURI ARWAH

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه ومن تبعهم الى يومالقيامة , أما بعد:

Disusunkan artikel ini bertujuan menerangkan kepada masyarakat tentang beberapa hukum yang dikelirukan oleh sesetengah pihak yang menggunakan zahir lafaz hadis tanpa merujuk kepada huraian ulama mujtahid yang berkelayakkan dalam menghuraikan hukum-hakam yang tersirat di dalam sesebuah hadis. Para ulama yang muktabar memperincikan lagi maksud sebenar huraian imam ikutan mereka itu. Maka mantaplah segala hukum dan terhindar daripada huraian mengikut hawa nafsu, ilmu yang cetek serta akal yang dangkal. Ini kerana, tidak semua diberikan ilmu yang seperti ulama-ulama tersebut.
Merekalah pewaris nabi yang beramanah dalam menjaga agama ini.


ان العلماء ورثة الأنبياء ورثوا علما

...Ertinya: “ Sesungguhnya para ulama adalah pewaris kepada para anbia dan mereka itu mewarisi keilmuan.…” (Al-Hadis)

Hukum Binaan Di atas Kubur

Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):



" ورأيت من الولاة (بمكة) من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس "

Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”

Katanya lagi:


" فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس "
Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):



" ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم "

Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-

1) Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri
2) Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan
3) Binaan yang menyebabkan:
a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)
b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihan

Para ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-

Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri

Binaan yang di maksudkan itu ialah binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas) dan juga binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :


"ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره )"

Ertinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:



" أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة "

Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”

Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.

Di dalam kitab Murghni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”

Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri

Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri. Tujuan didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur mereka dan sempena mengambil berkat.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):



" قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك "

Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”

Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan

Di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan, haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:



"( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم) البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها "
Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة) pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”

Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح ) ketika membahaskan larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.

Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:



" والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها "

Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan: “ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”

(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)

Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :



" وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي) , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته..."

Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”

Kenduri Arwah

Mulla Ali Qari di dalam syarah kitab hadis Misykat (bab Mukjizat, jilid 5, m/s 482) mensabitkan hadis ‘Asim bin Kulaib bahawa Nabi s.a.w menerima jemputan daripada isteri simati serta memakan kenduri itu.Beliau menegaskan: “ Hadis ini melalui zahir lafaznya, menolak pendapat yang telah dihuraikan oleh Ashab Mazhab kami (pengikut-pengikut mazhab hanafi) iaitu:

1) Makruh mengadakan kenduri pada hari pertama, ketiga atau selepas seminggu kematian seperti yang dinyatakan di dalam kitab Bazzaziyah.
2) Tersebut di dalam kitab Khulasah bahawa tiada harus mengambil tetamu semasa tiga hari kematian. Az-Zaila’ie menyatakan: “ Tiada mengapa (diharuskan) keluarga simati menanti-nanti orang ramai kerana musibah kematian tanpa membuat perkara yang diharamkan seperti diletakkan hamparan-hamparan dan diadakan kenduri daripada pihak keluarga simati. Ibnu Himmam berkata:“ Dimakruhkan keluarga simati mengambil tetamu.”“ Sekalian ulama tersebut berhujah pendapat masing-masing dengan alasan bahawa kenduri itu disyarakan pada perkara kegembiraan bukannya perkara yang tidak elok (kematian). Kesemuanya itu adalah bidaah yang dicela.

Imam Ahmad dan Ibnu Hibban meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Jarir bin Abdullah berkata: Adalah kami (golongan sahabat) mengira bahawa berhimpun kepada keluarga simati dan mereka itu (keluarga simati) menyediakan jamuan termasuk di dalam ‘Niyahah’ (meratapi serta menyebut-nyebut kebaikan mayat).”Mulla Ali Qari mentakwilkan fatwa-fatwa ulama mazhab hanafi tersebut dengan beberapa sebab terjadinya hukum itu. Beliau menghuraikan maksud sebenar fatwa-fatwa tersebut yang bersandarkan kepada hadis Jabir yang melarang keluarga simati mengadakan jamuan supaya tidak bercanggah dengan hadis ‘Asim bin Kulaib yang menyatakan bahawa Nabi memakan kenduri keluarga simati, beliau berkata:“ Sayugia (sepatutnya) diselaraskan fatwa-fatwa mereka dengan suatu cabangan huraian yang tertentu, iaitu:-
1) Berhimpun bersama keluarga simati itu menyebabkan mereka (keluarga simati) terasa malu lalu terpaksa mengadakan kenduri untuk orang ramai.
2) Atau dimaksudkan bahawa perbelanjaan kenduri diambil daripada harta simati sedangkan salah seorang pewarisnya adalah kanak-kanak (iaitu terdiri daripada mereka yang tidak dibenarkan oleh syara untuk menguruskan harta peninggalan) atau tidak diketahui dimana pewaris itu berada ataupun tidak diketahui persetujuan pewaris terhadap perbelanjaan kenduri yang diambil daripada harta simati.
3) Atau kenduri tersebut, bukan daripada harta peribadi (selain pewaris), lagi perbelanjaan kenduri diambil daripada harta simati sebelum dibahagikan kepada pewaris dan seumpamanya (Ini kerana diharuskan keluarga simati mengadakan kenduri apabila pembelanjaannya daripada harta orang lain dan dilarang kenduri daripada harta simati sebelum dibahagikan kepada pewaris)Beliau menambah lagi: “

Di atas huraian inilah, difahami maksud sebenar pendapat Qadi Khan (ulama hanafi) yang berfatwa: Makruh keluarga simati mengambil tetamu di hari musibah kematian kerana ianya hari dukacita. Maka tidak layak dengannya diadakan kenduri sepertimana diadakan pada hari-hari kegembiraan. Jika keluarga simati mengadakan jamuan untuk orang miskin maka ianya perbuatan yang elok.”

Huraian Mulla Ali Qari sebagai ulama yang bermazhab hanafi ini bersamaan dengan huraian para ulama yang bermazhab syafie tentang kenduri yang diadakan oleh keluarga simati bagaimanakah ia menjadi haram atau makruh.

Ulama yang mengikuti Imam Syafie, menghuraikan masalah ini dengan berdasarkan penelitian mereka terhadap penafsiran Imam Syafie sendiri dimana pada suatu ketika beliau menghukumkan makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati jika tiada bertujuan meratapi (Niyahah) dan membilang-bilang keelokan simati. Bukanlah setiap kenduri yang diadakan oleh mereka adalah haram semata-mata. Oleh itu, tiada kemusykilan berkenaan hadis ‘Asim bin Kulaib, sama ada Nabi s.a.w memakan jamuan yang disediakan oleh isteri simati ataupun disediakan oleh perempuan lain seperti yang cuba dikelirukan oleh sesetengah pihak.

Kenduri yang diharamkan

Diharamkan kenduri yang diadakan oleh keluarga simati atau jamuan yang disediakan untuk mereka bertujuan meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati (Niyahah). Pengharaman kenduri tersebut adalah kerana ‘Niyahah’ itu sendiri diharamkan oleh jumhur ulama yang bersandarkan dengan hadis-hadis sahih. Di antaranya:-



" وروى عبد الله بن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم : ليس منا من لطم الخدود وشق الجيوب ودعا بدعوى الجاهلية "

Ertinya: “ Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda: Bukanlah daripada kalangan kami, mereka yang menampar-nampar pipinya (ketika meratapi kematian), mencarik-carikan leher baju atau menyebut-nyebut (ketika dukacita) dengan sebutan yang diucapkan oleh orang-orang jahiliyah.” (Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Imam Nawawi menjelaskan di dalam kitab Majmuknya (bab jenazah, jilid 5, m/s 272): “ Adapun membilang-bilang keelokan simati (Nadbu), meninggikan suara kerana meratapi (Niyahah), menampar-nampar pipi, mencarik-carikan leher baju, melukakan wajah, melepas serta mengusutkan rambut atau mengucapkan ucapan celaka dan binasa, kesemuanya itu diharamkan dengan persetujuan pengikut-pengikut Syafie serta jumhur ulama menyatakan haram perkara tersebut.”Kerana inilah, Imam Nawawi berkata di dalam Minhajnya (lihat Syarah Mahalli, jilid 1: m/s 353) :



" ( وتحرم تهيئته للنائحات والله أعلم) لأنه اعانة على معصية "

Ertinya: “ (Haram menyediakan jamuan makanan kepada segala perempuan yang meratapi dan menyebut-nyebutkan keelokan simati, wallahu ‘aalam). Ini adalah kerana menyediakan jamuan tersebut bertolong-tolongan di atas perkara maksiat.”

Keterangan

Hukum haram kenduri daripada keluarga simati apabila diadakan untuk tujuan perkara-perkara yang dilarang oleh syara berkenaan dengan kematian seperti bertujuan meratapi dan membilang-bilang keelokan simati dan lain-lain sepertimana yang diterangkan oleh Mulla Ali Qari di atas. Tinggal lagi satu sebab yang menjadikan haram kenduri tersebut seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar mazhab syafie iaitu:- Perbelanjaan jamuan diambil daripada harta peninggalan sedangkan simati mempunyai hutang belum berbayar (sila rujuk buku kami yang bertajuk ‘Berkuburnya Kesangsian…’). Bukannya semata-mata diadakan jamuan oleh keluarga simati itu haram hukumnya.

Kenduri yang dimakruhkan

Kenduri yang diadakan oleh keluarga simati dimakruhkan apabila disediakan bagi orang ramai yang datang untuk mengucapkan takziah. Hukum ini difahami daripada perkataan Imam Syafie di dalam kitab Ummnya:



" وأكره المآتم وهي الجماعة وان لم يكن لهم بكاء فان ذلك يجدد الحزن وكلف المؤنة...."

Ertinya: “ Aku menghukumkan makruh beberapa jamuan iaitu perhimpunan, sekalipun ketiadaan tangisi (meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati- ‘Niyahah’ & ‘Nadbu). Ini adalah disebabkan jamuan tersebut memperbaharui (mengingati kembali) dukacita kematian dan memaksa-maksa di atas mengeluarkan pembelanjaan….”

Imam Nawawi menerangkan perkataan Imam Agung ini bahawa dimakruhkan bagi keluarga simati menanti-nanti orang ramai datang mengucapkan takziah dan dimakruhkan juga mengadakan jamuan untuk mereka. Beliau menjelaskan di dalam kitab Majmuknya (bab jenazah, jilid 5, m/s 270-271):

“ Adapun keluarga simati menanti-nanti kedatangan orang ramai untuk mengucapkan takziah maka terdapat nas perkataan Imam Syafie (seperti yang termaktub di atas), nas pengarang (As-Syirazi) dan nas sekalian pengikut Imam Syafie yang menyatakan makruh hukumnya….”

Ibnu Hajar Al-Haitami menyatakan di dalam kitab Tuhfahnya (bab jenazah, jilid 3, m/s 227-228) hukum makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati dengan bersandarkan hadis Jarir yang berbunyi:



" كنا نعد الاجتماع الى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة "

Ertinya: “ Adalah kami (para sahabat) mengira bahawa berhimpun kepada keluarga simati dan mereka itu (keluarga simati) menyediakan jamuan selepas dikebumikannya, termasuk di dalam ‘Niyahah’ (meratapi serta menyebut-nyebut kebaikan mayat).”

Beliau menjelaskan: “ Sebab dikira mengadakan jamuan oleh keluarga simati termasuk dalam ‘Niyahah’ kerana ada unsur terlampau mengambil berat soal dukacita kematian. Kerana inilah, dimakruhkan bagi mereka yang sengaja berhimpun bertujuan menunggu-nunggu kedatangan orang ramai untuk mengucap takziah…”

Terdapat beberapa sebab lagi yang menjadikan makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati seperti yang dinyatakan oleh Al-Allamah Ali Syibramalisi (lihat hasyiah Syarwani, jilid 3, m/s 227): “ Diantara hukum makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati ialah kenduri yang masyur dikenali dengan ‘Wahsyah’ (jamuan yang diadakan bertujuan menghilangkan rasa sunyi dan dukacita disebabkan kematian) yang diketahui oleh masyarakat (pada zaman itu di kalangan masyarakat Arab).”

Tinggal lagi satu sebab yang menjadikan makruh kenduri tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar ulama mazhab syafie ialah apabila diadakan jamuan tanpa apa-apa tujuan atau kerana kematian semata-mata mengikut kebiasaan sesuatu tempat pada hari-hari ditentukan tanpa disertai dengan meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati.(Sila rujuk buku kami yang bertajuk ‘Berkuburnya Kesangsian….’)

Kenduri yang diharuskan

Ahli keluarga simati menyediakan jamuan bagi orang ramai yang datang bertahlil dan membaca Al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada simati adalah diharuskan. Tujuan jamuan ini hanyalah mengalakkan orang ramai datang serta membalas budi mereka kerana menolong simati dengan menghadiahkan pahala zikir dan tilawah Al-Quran kepadanya.

Justeru itu, jamuan sebegini tiada diharamkan atau dimakruhkan kerana tidak bertujuan mengingati kembali dukacita kematian dan tiada unsur mengambil berat soal dukacita.Perlu mengetahui bahawa setiap hukum yang diputuskan dengan haram atau makruh berdasarkan sebab(العلة) yang mencetuskan hukum tersebut.

Contohnya seperti sebab diharamkan kenduri daripada keluarga simati yang bertujuan meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati ialah ‘Niyahah’ (meninggikan suara dengan meratapi) dan ‘Nudbah’ (membilang-bilang keelokan simati) yang diharamkan oleh syara. Sebab dimakruhkan kenduri tersebut pula ialah ada unsur mengingati kembali dukacita kematian dan unsur mengambil berat soal dukacita. Maka jamuan yang diadakan bagi orang ramai yang bertahlil dan bertilawah itu tiada unsur-unsur tersebut untuk dihukumkan sebagai makruh sebagaimana yang terdapat di dalam kenduri bagi orang ramai yang datang mengucapkan takziah. Jauh sekali untuk dihukumkan dengan haram kerana tiada terdapat Niyahah atau Nudbah.

Kaedah di dalam ilmu usul fiqh ada menyebut:



" ألعلة تدور مع المعلول وجودا وعدما "

Ertinya: “ Sebab (‘illat) terjadinya sesuatu hukum adalah selaras dengan masalah yang dihukumkan dari segi wujudnya sebab tersebut ataupun tiada (yakni dihukumkan haram, makruh dan sebagainya apabila ada sebab atau ‘illat hukum terbabit. Jika tiada sebab tersebut maka tidak dihukumkan dengan sedemikian).”

Kenapakah berlainan kenduri keluarga simati untuk orang ramai yang datang bertahlil dan bertilawah dengan kenduri bagi para hadirin untuk mengucapkan takziah? Cuba memahami dahulu takrif takziah iaitu sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Tuhfah Ibnu Hajar Haitami (bab jenazah, jilid 3, m/s 193):

“ Takziah itu ialah memberitahu supaya bersabar menghadapi musibah kematian serta menanggung kesabaran untuk memperolehi pahala, memberi peringatan tentang dosa keluh resah (dengan takdir Allah) atau berdoa untuk mayat muslim serta berdoa untuk keluarga simati yang ditimpa musibah kematian supaya digantikan musibah kematian dengan pahala ganjaran.”

Lantaran takziah mengandungi perkara tesebut, apabila keluarga simati menyediakan jamuan untuk para hadirin yang datang untuk memberi takziah maka seolah-olah keluarga simati mengambil serius tentang soal dukacita dan memperbaharuinya. Ini disebabkan mereka seakan-akan menghendaki rasa simpati daripada orang ramai di atas dukacita yang mereka hadapi iaitu musibah kematian lalu mereka mengharap-harapkan serta ternanti-nanti orang ramai menyabarkan mereka atau berdoa kepada mereka. Sama ada menunggu-nunggu tersebut dengan semata-mata berhimpun mahupun dengan diadakan kenduri maka kedua-duanya adalah dimakruhkan.Berlainan sekali dengan kenduri arwah untuk mereka yang datang bertahlil serta betilawah untuk dihadiahkan kepada simati, semata-mata bertujuan menggalakan, membalas budi dan menghubungkan silaturahim dengan mereka. Ianya tiada unsur memperbaharui dan mengambil berat soal dukacita.

Pahala Bacaan Yang Dihadiahkan Kepada Simati

Berlaku perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang adakah sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran atau zikir kepadanya ataupun tidak. Di dalam mazhab syafie terdapat dua pendapat mengenainya:-

Pendapat yang pertama adalah pendapat sebahagian pengikut Imam Syafie yang mengatakan sampai pahala bacaan kepada orang yang telah mati.

Pendapat yang kedua pula ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim (kitab zakat, bab sampai pahala sedekah kepada simati):
“ Pendapat yang masyhur di dalam mazhab syafie bahawa pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada orang telah meninggal.”

Pendapat yang pertama adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie manakala pendapat yang kedua adalah pendapat yang lemah sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Bujairimi di dalam Hasyiah Fathul Wahhab (kitab wasiat, فصل في أحكام معنوية للموصى به... , jilid 3, m/s 286).

Faktor yang menyebabkan pendapat yang masyhur di dalam mazhab syafie tersebut adalah lemah dan tidak kuat ialah bahawa ijmak para ulama yang menyatakan pahala sedekah dan doa kepada simati itu sampai kepadanya. Ini kerana makna mendapat manfaat simati dengan sedekah dan doa daripada orang yang hidup adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Ramli di dalam kitab Nihayah (kitab wasiat, jilid 6, m/s 92) :

“ Makna simati mendapat manfaat dengan sedekah ialah diletakkan kedudukan simati pada tempat orang bersedekah (yakni seolah-olah dia bersedekah)…Imam Syafie berkata: “ Keluasan rahmat Allah Taala ialah bahawa Dia memberi pahala kepada orang yang bersedekah juga.”…

.Makna simati mendapat manfaat dengan doa serta mendapat pahalanya ialah sampai perkara yang didoakan untuknya, apabila diperkenankan doa itu. Diperkenankan doa tersebut adalah semata-mata kurniaan Allah Taala….”Imam Nawawi menerangkan di dalam kitab Raudah (kitab jenazah, jilid 2, m/s 58): “…..Maka berdoa selepas saja membaca Al-Quran adalah terlebih hampir diperkenankan dan doa itu memberi manfaat kepada simati (secara ijmak ulama).”Ibnu Hajar Al-Haitami menjelaskan di dalam Fatwa Kubranya (bab wasiat, jilid 4, m/s 20): “ Adapun berdoa untuk disampaikan seumpama pahala kepada orang lain (simati) maka tiada mengapa kerana ianya terdiri daripada perbuatan berdoa bagi saudara muslim tanpa kehadirannya (tanpa pengetahuannya). Banyak hadis-hadis yang menunjukkan di atas dimakbulkan doa ini (doa bagi saudara muslim tanpa pengetahuannya) dan selainnya. Lebih-lebih lagi, tidak terdapat larangan padanya maka tiada ada satupun alasan untuk menegahannya.”

Lantaran itu, pendapat yang mengatakan secara umum bahawa tiada sampai pahala bacaan kepada simati dikira sebagai lemah. Ini jelas, apabila disedekahkan pahala bacaan atau berdoa supaya disampaikan pahala itu kepadanya necaya dia memperolehi pahala tersebut kerana sampainya pahala sedekah dan doa untuk simati adalah merupakan ijmak di kalangan ulama.

Oleh kerana inilah, kebanyakan ulama mazhab syafie telah mentakwil serta menerangkan maksud sebenar pendapat yang kedua yang dinukilkan oleh Imam Nawawi itu, di mana mereka menjelaskan bahawa tidak sampainya pahala bacaan Al-Quran, apabila dibacakan bukan di hadapan mayat atau sipembaca tidak meniatkan pahala bacaannya kepada simati serta tidak mendoakan supaya pahala itu disampaikan kepadanya (lihat Tuhfah-kitab wasiat, jilid 7, m/s 87, Nihayah-kitab wasiat, jilid 6, m/s 93 dan lain-lain).

Pendapat pertama yang menyatakan bahawa sampai hadiah pahala bacaan kepada orang yang telah meninggal dunia terbahagi kepada dua pendapat pula:-
1) Ibnu Hajar Al-Haitami berpendapat (menyamai dengan pendapat Syeikh Zakaria Al-Ansori di dalam Fathul Wahhab) bahawa tidak memadai dengan niat semata-mata bahkan mestilah disertai dengan berdoa menyampaikan pahala bacaan kepada orang yang mati. Beliau menjelaskan masalah niat tanpa berdoa, dengan katanya:
“ Mendapat pahala manfaat (keberkatan dan rahmat yang hasil daripada bacaan), tidak pahala bacaan (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).

Ali Syibramalisi menyatakan pendapat ini adalah pendapat yang lemah sebagaimana difahami daripada perkataan Syeikh Ahmad Bin Qasim (lihat Hasyiah Ali Syibramalisi bagi Nihayah, kitab Wasiat, jilid 6, m/s 93, Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim bagi Tuhfah jilid 7, m/s 87).

2) Pendapat Syeikh Ramli yang menyatakan bahawa memadai hanya dengan niat disampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang telah meninggal dunia. Pendapat ini bertepatan dengan pendapat mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).

Kesimpulan yang dijelaskan oleh Syeikh Ramli tentang sampai pahala bacaan Al-Quran kepada simati itu jika terdapat salah satu keadaan berikut:-
1) Niat menyampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang yang telah mati (di hadapan jenazah ataupun tidak).
2) Berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepada orang yang telah mati.3) Membaca Al-Quran di kubur.(Lihat Hasyiah Ibnu Qasim bagi Nihayah, kitab wasiat, jilid 7, m/s 87)

*Adapun disisi Ibnu Hajar Al-Haitami, tiada memadai hanya dengan niat untuk disampaikan pahala bacaan kepada jenazah yang ada di hadapan, bahkan mesti berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepadanya. Beliau bersandarkan dengan pendapat yang dipilih oleh Imam Nawawi di dalam kitab Azkarnya. Tambahan lagi, beliau bersandarkan dengan perkataan Imam Syafie, dengan katanya: “ Sesungguhnya nas Imam Syafie dan sekalian pengikutnya mengenai sunat membaca Al-Quran yang mudah (ayat atau surah yang pendek) di sisi simati serta berdoa selepas bacaan itu, bermaksud bahawasa ketika itu terlebih diharap ianya diperkenankan dan simati mendapat berkat bacaan itu sepertimana orang hidup yang hadir….” (Rujuk Tuhfah serta Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim, kitab wasiat, jilid 7, m/s 88).

Penutup

Setakat ini yang dapat kami terangkan kepada masyarakat terhadap masalah yang diperbahaskan. Kami hidangkan kupasan tersebut yang dicedok daripada gedung-gedung keilmuan yang terkandung di dalam kitab-kitab para ulama muktabar mazhab syafie. Semenjak dari zaman sahabat lagi, seterusnya ke zaman tabien, tabiu-tabien hingga ke hari ini, umat islam berpegang teguh dengan para imam mujtahid serta huraian para ulama yang mengikutinya. Lihat saja, bahawa imam-imam yang empat (Imam Hanafi, Malik, Syafie dan Hambal) adalah termasuk di dalam golongan salafussolihin. Kewajipan mengikuti imam mujtahid merupakan ijmak di kalangan para ulama melainkan pengingkaran daripada mereka yang menyimpang daripada manhaj salaf iaitu manhaj Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Hanya kepadaNya sahaja yang dapat memberi taufik-hidayat terhadap golongan yang sesat, disesatkan dan menyesatkan agar kembali kepada jalan yang lurus. Wala haula wala quwwata illa biLLah.

WaLLahu ‘Aklam….

وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم باحسان أي بايمان أو بتقوى الى يوم الدين والحمد لله رب العالمين

Disusun oleh:
USTAZ NIK MOHD NAZIMUDDIN BIN NIK IBRAHIM
PONDOK PASIR TUMBOH KOTA BHARU
KELANTAN SERAMBI MEKAH
5hb Jun 2008M Bersamaan 1hb Jumadas-Saniah 1429H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...