SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

15.8.08

KURSUS IMAM DAN MUAZZIN

PERKARA MAKRUH BAGI IMAM

01) Imam berada ditempat yang lebih tinggi daripada makmum pada satu hasta atau lebih, dan begitu juga sebaliknya kecuali kerana hajat atau mengajar.
02) Imam memanjangkan bacaan-bacaan dan zikir-zikir dalam sembahyang kecuali jemaah sedikit dan redha.
03) Imam memanjangkan atau menunggu dalam sesuatu rukun dengan tujuan supaya orang lain dapat mengikutinya.

PERKARA SUNAT YANG BERKAITAN DENGAN IMAM

01) Imam mengucap “amin” setelah membaca fatihahnya bersama makmum, bukan makmum sahaja yang mengucap “amin” Imam.
02) Imam tidak bertakbiratul Ihram kecuali setelah selesai iqamah dan lurus saf-saf makmum.
03) Imam memperingatkan makmum supaya luruskan saf penuhkan ruang kosong dalam saf dan samakan bahu dengan bahu dam tapak kaki dengan tapak kaki.
04) Imam memperingatkan makmum dengan katanya:
لا تختلفوا فتختلف قلوبكم
rtinya : “Jangan berselisih (bengkang bengkok) pada saf-saf kerana itu boleh menyebabkan hati-hati kamu berselisih”.

BEBERAPA ADAB SOLAT BERJEMAAH

ADAB SEBELUM SOLAT

01) Imam seorang yang disukai para makmum.
02) Apabila diberi pilihan antara menjadi Imam dan muazzin maka hendaklah dipilih menjadi Imam kerana menurut jumhur ulama’ menjadi Imam itu lebih afdal daripada menjadi muazzin. Makruh seseorang menjadi muazzin dan Imam pada solat yang sama.
03) Hendaklah dilakukan solat diawal waktu dan jangan dilewatkan solat jemaah bagi menanti orang ramai kerana berjemaah dengan bilangan sedikit diawal waktu itu terlebih afdhal daripada solat diakhir waktu walaupun bilangannya ramai.
04) Hendaklah menjadi Imam dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
05) Sebelum takbiratul Ihram sunat bagi imam memastikan segala saf solat telah sempurna. Justeru itu disunatkan berpaling ke kanan dan ke kiri sambil mengingatkan para jemaah supaya merapatkan dan meluruskan saf.
06) Sunat bagi Imam menyaringkan suaranya pada ketika takbiratul Ihram dan semua takbir dalam solat.

ADAB DALAM BACAAN

01) Sunat bagi Imam memperlahankan doa iftitah dan taawuz seperti solat seorang diri.
02) Sunat bagi Imam menyaringkan suaranya ketika membaca fatihah dan surah pada dua rakaat Subuh, Jumaat dan dua rakaat solat maghrib dan Isyak. Begitu juga disunatkan bagi orang yang solat seorang diri(lelaki).
03) Sunat bagi Imam, makmum dan orang yang solat bersendirian menyaringkan sebutan “amin” pada solat jahariyyah (yang nyaring) dan sunat bagi makmum mengucapkan “amin” serentak dengan amin Imam. Jangan terdahulu dan terkemudian.
04) Sunat bagi Imam diam seketika selepas membaca ولاالضّالّين sebelum mengucap “amin” sekadar bernafas.
05) Sunat bagi Imam selepas mengucap “amin” diam seketika sekadar masa yang membolehkan makmum membaca fatihah.
06) Sunat bagi Imam diam seketika selepas membaca surah sebelum turun rukuk supaya wujud perceraian dan pemisahan diantara membaca surah dan takbir rukuk.
07) Sunat bagi Imam membaca surah atau ayat-ayat yang panjang pada solat Subuh, sederhana panjang pada solat Zohor dan Asyar, kemudian surah-surah yang akhir al-Qur’an pada solat maghrib. Walaubagaimana pun membaca surah yang sederhana pendek itu lebih afdhal apabila ramai orang berjemaah.

ADAB DALAM MENGERJAKAN RUKUN-RUKUN

01) Sunat bagi Imam meringankan atau meringkaskan rukuk dan sujud. Oleh itu, janganlah ia melebihkan dari 3 kali tasbih.
02) Makmum jangan mendahului Imam pada rukuk dan sujud bahkan hendaklah ia kemudian daripada Imam dan jangan rukuk melainkan apabila Imam telah rukuk sampai had sekurang-kurangnya memadai pada rukuk dan jangan tunduk sujud melainkan apabila muka Imam sudah sampai ke tempat sujud.
03) Sunat bagi Imam ketika tasyahud akhir tidak melebihi tasyahud dan salawat ibrahimiyyah sahaja. Sementara tasyahud awal, sunat bagi setiap orang yang solat membaca tidak melebihi tasyahud dan اللهم صل على محمد
04) Seorang Imam jangan mengkhususkan untuk dirinya sahaja ketika berdoa, bahkan hendaklah menggunakan lafaz jamak ketika berdoa qunut subuh atau witir nisfu yang akhir Ramadhan dan doa selepas solat berjemaah.
05) Janganlah makmum berdiri seorang diri di belakang saf kerana kerana yang demikian itu makruh dan menghilangkan pahala jemaah.

ADAB SELEPAS MEMBERI SALAM

01) Sunat bagi Imam ketika memberi salam berniat memberi salam kepada makmum dan Malaikat yang hadir ketika itu. Sementara makmum pula sunat ketika memberi salam berniat menjawab salam Imamnya.
02) Sunat bagi Imam duduk seketika selepas memberi salam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan juga Abu Bakar asSiddiq. Elok diiringi dengan wirid dan zikir yang ma’thurat.
03) Apabila Imam selesai solat fardhu duduk bagi tujuan berzikir, maka afdhalnya hendaklah mengkirikan mihrab dan mengkanankan makmum. Inilah pendapat yang muktamad oleh para fuqaha’. Walaupun Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin dan Bidayah al-Hidayah berpendapat sepatutnya mukanya menghadap mukanya kepada makmum. Makruh bagi makmum bangun sebelum Imam bangun dari tempat solatnya. Sunat bagi Imam bangkit berjalan ke arah yang dihajati sama ada kanan atau kiri, tetapi jika tiada sebarang hajat maka sunat ia bangkit ke sebelah kanan.

SYARAT MEMBACA SURAH AL-FATIHAH DI DALAM SOLAH

01) Membaca kesemua ayat ketika berdiri betul (qiam).
02) Tiada mengurangkan hurufnya yang berjumlah 156 huruf.
03) Tiada menggugurkan tasydid/ sabdunya yang berjumlah 14 sabdu.
04) Tiada menukar atau mengubah bunyi huruf-hurufnya.
05) Tiada menukar barisnya.
06) Tiada membaca qiraat yang “SYAZ”(GANJIL).
07) Terlalu “SAKTAH’ kerana mengizharkan hurufnya.
08) Tertib bacaan ayat-ayatnya.
09) Muwalat bacaan ayat-ayatnya.
10) Bacaannya dalam Bahasa Arab.


SUNAT DAN ADAB YANG BERKAITAN DENGAN AZAN DAN IQAMAH

01) Suci daripada hadath kecil dan besar.
02) Menyebut kalimah-kalimah azan dengan nyata dan betul serta mengeluarkan suara dengan kadar yang berpatututan.
03) Melakukan “TARJI” dengan perlahan-lahan sebelum melafazkan azan yang sebenar pada kalimah syahadah (ulangan).
04) Berpaling muka (bukan dada) ke kanan ketika menyuarakan حي على الصلاة dan ke kiri ketika menyebut حي على الفلاح
05) Melakukan azan dalam keadaan berdiri menghadap ke arah kiblat kecuali jika keuzuran ataupun hendak “meluaskan” pendengaran suaranya.
06) Berhenti di akhir tiap-tiap rangkaian ayat azan itu kecuali pada الله أكبر diwaqafkan pada tiap-tiap dua الله أكبر
07) Orang yang mendengar azan hendaklah menjawab azan itu. Caranya pendengar azan meniru bacaan muazzin kecuali kalimah حي على الصلاة dan حي على الفلاح dengan menjawab : العلي العظيم لا حول ولا قوة الا بالله
08) Melakukan azan ditempat yang tinggi ataupun menggunakan pembesar suara.

PERKARA YANG MAKRUH KETIKA AZAN

01) Dilakukan oleh orang yang “FASIQ’.
02) Menyebut kalimah azan secara bersambung tanpa berhenti pada tempat-tempat yang dikehendaki berhenti sehingga tidak sempat pendengarnya menjawab.
03) Melakukan azan didalam keadaan hadath.
04) Berkata dengan perkataan yang tidak dituntut walaupun sedikit.
05) Melagukan azan secara keterlaluan sehingga menerbitkan huruf tambahan ataupun mengubah kalimah azan itu.


Rujukan :
1. Haji Salleh Haji Ahmad, 2006, Panduan Solat Jemaah dan Solat Musafir (Jamak dan Qasar) satu huraian menurut mazhab as-Syafie, Pustaka Haji Abdul Majid: Kuala Lumpur.
2. Nota kursus Imam dan Muazzin disusun oleh al-Fadil Ustaz Rusli bin Md Zin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...